duhai hati
mengapa kau bersedih lagi
tatkala aku menemui cintaku lagi
mengapa kau meragui kasih Illahi
mengapa kau mempersoalkan takdir Illahi
duhai iman
kuatkanlah hati untuk menjadi muslimah sejati
untuk menjaga diri dari zina noda duniawi
Ya Allah
aku berserah padamu
jika usia ku semakin senja
aku pasrah dan redha
temukanlah aku pada pemilik tulang rusuk itu
agar dapat aku tingkatkan iman padaMu
Ya Allah
Tetapkanlah iman ku dalam meniti dunia cinta ini
agar aku dapat membina benteng iman dan islamku
isikanlah hatiku dengan zikir padamu ya Allah
kerana aku terlalu jauh darimu kini
awak
saya tidak sesempurna perempuan lain
saya hanya seorang insan kerdil
yang hanya berharap akan rahmat Allah
yang hanya mampu berdoa untuk ditemukan jodoh
pada kaum Adam yang ikhlas menjemputku
sebagai pendampingnya yang sah
awak
ilmu saya hanya sepanjang kail di tengah lautan
iman saya hanya sebesar butir saga di tengah padang
amal saya hanya sekelumit rasa
buatlah pilihan terbaik
untuk bakal ibu pada zuriatmu
awak
andai benar saya jodoh awak
jemputlah saya sebagai isteri awak
lindungilah saya daripada zina dan maksiat
peliharalah saya daripada godaan duniawi
doakanlah agar saya dalam lindunganNya
Awak
kuatkanlah iman dam ilmu
agar dapat membimbing saya ke jalan yang benar
agar dapat menjadi wali pada zuriat kita
salam ikhlas buat awak.
No comments:
Post a Comment