Inilah lukisan impian yang pernah aku lakarkan
untuk kehidupan aku
ternyata Allah tahu yang terbaik buatku
tak semua impian ku tercapai
dan kini aku belajar
mengapa aku tidak begitu
dan mengapa aku tidak begini
kerana begitu dan begini
adalah ketentuan Illahi
belajarlah mencari hikmah yang tersembunyi
aku anak pertama dari 4 orang adik beradik
disekolah tadika cikgu zah ajar tajuk keluarga
setiap keluarga mesti ada ketua
kebetulan aku baru dilantik menjadi ketua
bacaan ikrar pada sukan sekolah tadikaku
lepas pada tu aku bercita-cita nak jadi ketua keluarga
aku bertanya pada ayah bila nak diadakan mesyuarat keluarga
seperti yang ada di tadika untuk memilih ketua keluarga
sebab aku nak lantik diri sendiri jadi ketua keluarga
besarnya cita-cita masa tu!
ayahku hanya tertawa
akhirnya baru aku tahu
Ayahlah ketua keluarga
tidak ada anak yang dilantik menjadi ketua keluarga
macam kat sekolah tadika tu.
yang ada ketua, penolong, bendahari
MY father MY hero !
di tadika belajar huruf K untuk kapal terbang
kebetulan balik dari sekolah tadika
ada kapal terbang lalu di langit
aku berbisik di hati kecilku
bestnya naik kapal terbang ni
boleh terbang lagi tinggi dari burung
bilakah agaknya aku dapat naik kapal terbang
sebab mak kata tambang sangat mahal
kene simpan duit tabung bertahun-tahun
beberapa bulan lepas tu
ayah dapat pindah Lahad Datu sabah
akhirnya Tuhan makbulkan doaku!
tengok Allah maha mendengar setiap doa kita
jadi setiap tahunlah aku turun naik kapal terbang
setiap kali balik semenanjung.
masakat sekolah dulu paling tak suka misi datang sekolah
cek gigi atau cek kesihatan
kenapa tak suka? sebab memang takot dengan
hospital atau klinik sejak
azali lagi
mase menenngah atas dulu pernah ponteng sekolah
sebab nampak van kementerian kesihatan
maka membuak-buaklah kebencian terhadap
hoapital, klinik dan penyakit
tapi kini aku seorang penolong pegawai perubatan
bertugas di jabatan kecemasan hospital
acane tu?
nilah namanya takdir
dulu punyelah nak jadi cikgu geografi
tapi tak dapat
tulah oarang kata kalau bencikan sesuatu jangan jadi keterlauan
kerana satu hari nanti kita ditakdirkan dengan apa yang kita benci tu
memang betol pun!
sekarang kalau pegi sekolah ambik kes
pelajar jatuh masa sukan atau
bagi ceramah kat budak sekolah
aku hanya tersenyum sendiri
melihat gelgat kanak-kanak yang macam aku masa kecik dulu!
indahkan susunan hidup kita yang Allah buat,
subahanallah!
No comments:
Post a Comment