Pages

Saturday, December 31, 2011

Pengakhirannya di sini

tatkala malam melabuhkan tirai
aku bersendiri
mengimbau detik-detik indah
saat melirik kehidupan duniawi
yang kadang ku terlupa
tiada yang abadi nanti

rasa cinta adalah hadiah yang
tinggi nilainya
membuatkan aku terbuai
dengan noda-noda dunia ceritera cinta
namun kini telah aku sedari
tiada lagi hidup seindah mimpi
yang sering dinyanyi sang pari-pari

cinta datang dan pergi
tanpa aku sedari 
akan ketususan hati insani
yang menerima dan memberi
tapi yang pasti
hati ini tidak mudah dimiliki

walau kau tahu aku tidak membenci
tapi hati ini telah disakiti
tiada lagi ruang kasih insani
yang ada hanyalah rintihan sedih
saban malam aku lalui sendiri
terima kasih mimpi


kerana kau menemani waktu aku sendiri

Wednesday, June 8, 2011

Hipertensi / Hipertension / HPT

PENGENALAN

Hipertensi atau tekanan darah tinggi adalah masalah kesihatan masyarakat di negara maju serta negara yang membangun termasuklah Malaysia. Kebanyakan kes Hipertensi di Malaysia tidak dilaporkan oleh pihak yang berkenaan. Lebih kurang 30%  kes tekanan darah tinggi tidak dapat dikesan di seluruh negara. Kajian Kesihatan dan Kematian Kebangsaan 1997 menunjukkan kadar berlakunya tekanan darah tinggi adalah 24% dan dijangka akan meningkat kepada 40 hingga 45% dalam masa 20 tahun yang akan datang.

        Mengikut Kamus Jururawat edisi terkini, Hipertensi atau tekanan darah tinggi boleh ditakrifkan sebagai suatu keadaan di mana berlakunya peningkatan tekanan darah pada arterial melebihi julat normal yang dijangka daripada kumpulan umur tertentu. Hal ini kerana jantung manusia bekerja seperti sebuah pam yang mengecut dan rehat. Hipertensi atau tekanan darah tinggi menggambarkan keadaan di mana tekanan yang dihasilkan oleh darah ke atas dinding arteri semasa jantung mengepam darah.

Apabila tekanan darah diukur, terdapat dua bacaan yang diperolehi. Tekanan yang lebih tinggi iaitu tekanan sistolik adalah tekanan darah pada arteri semasa jantung sedang mengepam darah. Manakala, tekanan yang lebih rendah dipanggil tekanan diastolik merupakan tekanan darah pada arteri  semasa otot jantung sedang berehat di antara dua denyutan. Apabila tekanan darah yang tinggi dikesan, ia kebiasaannya memerlukan rawatan sepanjang hayat. Sebagai contohnya, seorang pesakit mempunyai bacaan tekanan darah 140/75. Tekanan sistolik dalam contoh ini adalah 140.  Tekanan diastolik pula adalah dalam contoh ini 75. 

Untuk pengetahuan semua, bacaan tekanan darah normal bagi orang dewasa  adalah di antara120 dan 80. Bagi kes tekanan darah yang abnormal bagi kes Pre-hipertensi adalah 120-139 /80 – 89, Hipertensi adalah 140 dan ke atas /90 dan ke atas dan  Hipertensi sistolik adalah 160 dan keatas/bawah 90. Secara umumnya, tekanan darah tinggi dapat merosakkan bahagian arteri yang kecil, kemungkinan dapat menyebabkan pembekuan darah. Sebanyak  90 hingga 95% Hipertensi tidak diketahui penyebabnya secara tepat dan keadaan tersebut dikenali sebagai Hipertensi Essential. Selebihnya, sekitar 5 hingga 10% diketahui penyebabnya yang disebut juga Hipertensi Sekunder di mana ia disebabkan oleh penyakit Parenkima ginjal, pembuluh darah ginjal akibat pengambilan ubat, perubahan pada sistem endokrin dan lain-lain lagi.

Bagi kes Hipertensi Sistolik Terisolasi, bacaan tekanan sistolik boleh mencapai sehingga 140 mmHg atau lebih tetapi, bacaan tekanan diastolik pula adalah kurang dari 90 mmHg. Ini menunjukkan tekanan diastolik masih dalam julat yang normal. Penyakit Hipertensi ini sering berlaku di kalangan warga emas. Sejajar dengan pertambahan usia seseorang, individu tersebut akan mengalami kenaikan tekanan darah,  peningkatan tekanan sistolik pada usia 80 tahun serta nilai tekanan diastolik akan terus meningkat sehingga berusia di antara 55 hingga 60 tahun. Kemudian, ia berkurang secara perlahan-lahan atau mungkin akan menurun dengan drastiknya.

Selain itu, bagi kes Hipertensi Malignania merupakan penyakit Hipertensi yang sangat parah dan tidak dapat diubati.Ia boleh mengakibatkan kematian dalam waktu 3 hingga 6 bulan. Hipertensi jenis ini adalah sangat jarang terjadi di Malaysia dan nisbah kematiannya adalah satu dari setiap 200 penghidap Hipertensi jenis ini. Bacaan tekanan darah seseorang individu adalah bervariasi dan berlainan seperti bayi dan kanak-kanak mempunyai bacaan tekanan darah yang jauh lebih rendah daripada orang dewasa. Hal ini kerana ia sedikit sebanyak dipengaruhi oleh aktiviti fizikal seseorang di mana bacaan tersebut akan menjadi lebih tinggi ketika melakukan aktiviti-aktiviti seperti bersukan dan akan menjadi lebih rendah bacaannya ketika kita beristirehat. Di samping itu juga, nilai tekanan darah manusia dipengaruhi oleh keadaan persekitaran di mana pada waktu pagi hari, bacaan tekanan darah adalah tinggi manakala, pada waktu malam, nilai tekanan darah adalah paling rendah.

Jadual di bawah menunjukkan klasifikasi bacaan tekanan darah bagi golongan dewasa mengikut piawaian bacaan yang dikeluarkan dan ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga World Health Organization (WHO). Bacaan tekanan darah ini telah digunapakai oleh semua hospital dan klinik-klinik di seluruh dunia amnya dan di seluruh Malaysia khususnya.
Kategori
Tekanan Darah Sistolik
Tekanan Darah Diastolik
Normal
Dibawah 130 mmHg
Dibawah 85 mmHg
Normal tinggi
130-139 mmHg
85-89 mmHg
Stadium 1
(Hipertensi ringan)
140-159 mmHg
90-99 mmHg
Stadium 2
(Hipertensi sedang)
160-179 mmHg
100-109 mmHg
Stadium 3
(Hipertensi berat)
180-209 mmHg
110-119 mmHg
Stadium 4
(Hipertensi maligna)
210 mmHg atau lebih
120 mmHg atau lebih

(Sumber: Joint National Committee on Prevention, Detection, Evaluation, and Treatment of High Blood Pressure)


ETIOLOGI

         Penyakit Hipertensi atau tekanan darah tinggi mempunyai penyebab yang berbeza mengikut klasifikasinya. Seperti yang kita tahu, Hipertensi terbahagi kepada dua jenis iaitu Hipertensi Primer dan juga Hipertensi Sekunder. Bagi kes Hipertensi Primeria terjadi dengan sendirinya tanpa disebabkan oleh penyakit atau masalah kesihatan yang lain. Manakala, bagi kes Hipertensi Sekunder pula, ia disebabkan oleh kesan penyakit ataupun kesan daripada masalah kesihatan yang dialami oleh seseorang individu. Menurut kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, sebanyak 85% kes Hipertensi Primer adalah tidak diketahui puncanya. Namun, masih ada faktor-faktor pencetus yang boleh menyebabkan penyakit ini berlaku. Antaranya ialah faktor genetik, jantina, umur, kegemukan (obesiti), pengambilan minuman keras seperti alkohol, menghisap rokok dan juga tekanan perasaan yang dialami oleh seseorang individu. Bagi faktor genetik, ia bukanlah disebabkan oleh keabnormalan kromosom, tetapi ia adalah disebabkan oleh gaya pemakanan dan mempunyai cara hidup yang sama. Selain itu juga, penyakit Hipertensi kebanyakkannya dihidapi oleh kaum lelaki berbanding kaum wanita kerana mereka mempunyai banyak tanggungjawab serta terkenal dengan amalan merokok yang tidak terbatas. Apabila seseorang itu merokok, salur darahnya akan mengecut (konstrik) dan ini akan menyebabkan tekanan pada salur darah berkenaan semakin meningkat.

Bagi Hipertensi jenis Sekunder pula, kajian telah menunjukkan bahawa hanya 15% sahaja yang diketahui penyebabnya. Antaranya ialah komplikasi daripada penyakit renal seperti Chronic Renal Failure, Acute Glomurular Nefritis, Pilonefritis, Hemangiopericytoma dan juga Stenosis Arteri Renal. Selain itu, faktor lain yang boleh menyumbang kepada kes Hipertensi Sekunder ialah gangguan endokrin seperti contohnya Pheochromocytoma, Cushing Syndrome, Akromegali dan Hyperaldosteronisme. Pengambilan ubat-ubatan juga boleh menyebabkan tekanan darah meningkat. Sebagai contoh, ubat Contraceptives Drugs yang mengandungi hormon estrogen, steroid jenis anabolik, kortikosteroid, NSAID’s (Non Steroid Anti Inflammatory Drugs) dan juga alkohol.

TANDA DAN GEJALA

             Hipertensi atau tekanan darah tinggi merupakan penyakit ‘silent killer” yang tidak menunjukkan sebarang gejala atau tanda-tanda yang jelas sebelum adanya perubahan pada pembuluh darah di jantung, otak atau ginjal. Oleh sebab itu, kebanyakkan masyarakat Malaysia khususnya tidak menyedari bahawa mereka menghidap penyakit Hipertensi. Kadang-kadang, pesakit mungkin akan mengalami tanda-tanda yang tidak spesifik seperti kerap kencing, sukar untuk bernafas, pening atau sakit kepala serta rasa kebas di kawasan dan jantung sering berdebar-debar pembengkakkan pada pergelangan kaki atau jari, muka merah dan panas, kemurungan, tercungap-cungap, bunyi berdengung, pandangan menjadi kabur serta pendarahan di hidung yang berulang.


       
PENYIASATAN

Individu yang menghidap penyakit Hipertensi ini mempunyai suatu kekakuan yang akan meningkat atau resistensi pada arteri-arteri sekeliling di seluruh jaringan-jaringan tubuh. Peningkatan resistensi ini menyebabkan otot jantung bekerja dengan  lebih kuat untuk mengepam darah melalui pembuluh-pembuluh darah ini. Peningkatan beban kerja ini dapat membuatkan jantung menjadi tegang yang akan menjurus kepada pembesaran otot jantung. Pembesaran jantung dapat dievaluasi dengan pemeriksaan X-ray dada, Elektrokardiogram dan paling tepat dengan menjalankan pemeriksaan menggunakan Echocardiografi iaitu suatu pemeriksaan jantung dengan ultrasound. Echocardiography juga berguna dalam menentukan ketebalan (pembesaran) dari jantung bahagian kiri (sisi pengepam utama).

            Pemeriksaan mata pesakit kronik Hipertensi perlu dijalankan untuk mengesan  samada berlakunya penyempitan arteri-arteri kecil, pendarahan kecil (kebocoran darah) pada retina, dan pembengkakkan pada saraf mata. Terdapat juga beberapa prosedur dan kajian lain yang boleh dilakukan bagi mengesahkan seseorang itu mendapat penyakit Hipertensi. Antara kajian yang boleh dilakukan ialah penyiasatan urin melalui ujian Full Examination Microscopic Examination (FEME). Ujian ini dijalankan adalah untuk mengesan protein dan glukosa dalam urin. Selain itu juga, ujian lain yang boleh dilakukan ialah ujian darah serum kolestrol. Ujian ini dilakukan untuk mengesan kadar kolestrol dalam darah jika ada berlakunya peningkatan.

Blood Urine Sedimentation Electrolyte (BUSE) turut dijalankan untuk mengesan fungsi ginjal dan juga melihat nilai keseimbangan elektrolit dalam badan. Penyiasatan terhadap ginjal juga boleh dilakukan bagi menilai tahap kesihatan ginjal. Antara ujian yang boleh dilakukan untuk menilai tahap kesihatan ginjal ialah X-ray di bahagian ginjal dan juga serum creatinine.

RAWATAN

         Antara ubat-ubatan yang boleh diberikan kepada penghidap Hipertensi atau darah tinggi termasuklah ubat Diuretic Thiazide. Pada kebiasaannya,ubat ini merupakan ubat pertama yang akan diberikan kepada pesakit Hipertensi. Ubat ini juga turut membantu ginjal membuang garam dan air serta mengurangkan isipadu cecair di seluruh tubuh sehingga menurunkan nilai tekanan darah. Ubat Diuretic Thiazide juga menyebabkan terjadinya pelebaran pembuluh darah dan turut mengakibatkan hilangnya kalium melalui urin. Akibat kehilangan kalium dalam badan, individu tersebut akan diberikan ubat penahan kalium bertujuan untuk menambahkan kalium dalam tubuh badan. Diuretik sangat efektif pada orang yang berkulit hitam, lanjut usia, kegemukan (obesity) serta penghidap sakit jantung atau penyakit ginjal. 

Ubat yang kedua pula untuk penghidap Hipertensi ialah ubat Penghambat adrenergik merupakan sekelompok ubat yang terdiri dari alfa-blockerbeta-blocker dan alfa-beta-blocker labetalol, yang menghambat efek sistem saraf simpatetik. Sistem saraf simpatetik adalah sistem saraf yang akan memberikan respon dengan segera terhadap stres dengan cara meningkatkan tekanan darah. Yang paling sering digunakan adalah ubat Beta-blocker yang efektif diberikan kepada penghidap Hipertensi yang masih muda, individu yang pernah mengalami serangan jantung,  denyutan jantung yang cepat,  angina pectoris, sakit kepala serta migraine.

Ubat Hipertensi yang seterusnya adalah ubat Angiotensin Converting Enzyme Inhibitor (ACE-inhibitor) di mana ia akan menyebabkan penurunan tekanan darah dengan cara melebarkan salur arteri. Ubat ini efektif diberikan kepada orang yang berkulit putih, usia muda serta penghidap sakit jantung. Angiotensin-II-bloker pula merupakan ubat Hipertensi yang juga akan menyebabkan penurunan tekanan darah dengan suatu mekanisme yang hampir sama  dengan ACE-inhibitor.

Ubat Antagonis kalsium juga turut diberikan kepada pesakit Hipertensi dan tindakan ubat tersebut adalah ia akan melebarkan pembuluh darah dengan mekanisme yang berlainan. Ubat Nifedipine pula merupakan kalsium antagonis dengan tindakannya yang sangat cepat dan diberikan secara per-oral (ditelan), tetapi jika tidak dikawal dos pemberiannya boleh  menyebabkan penyakit Hipotensi.


KOMPLIKASI

                  Hipertensi merupakan penyakit senyap yang boleh mengakibatkan banyak komplikasi terhadap sistem tubuh badan manusia dan juga boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan segera. Secara umumnya, penyakit Hipertensi ini merupakan suatu keadaan tanpa gejala dimana tekanan yang abnormal tinggi di dalam arteri menyebabkan meningkatnya risiko terhadap strokeaneurism, kegagalan jantung, serangan jantung dan kerosakan ginjal. Bagi penghidap Hipertensi yang kronik, ia boleh mengakibatkan pembesaran jantung, kegagalan ginjal, kerosakan otak atau saraf serta perubahan-perubahan dalam retina pada belakang mata. Jika tidak dirawat dengan segera, penyakit ini boleh menyebabkan kematian.


PENGURUSAN

Pengurusan kes Hipertensi atau tekanan darah tinggi adalah sangat penting dalam usaha untuk membantu penghidap Hipertensi untuk pulih atau sembuh. Di hospital mahupun di klinik-klinik kesihatan di seluruh Malaysia telah mempraktikkan ‘Standard Operating Procedures’ bagi kes Hipertensi sejajar dengan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Antara ‘Standard Operating Procedures’ bagi kes Hipertensi ialah pertama, proses pendaftaran pesakit Hipertensi di mana perawat perlu mengambil semua maklumat tentang diri pesakit termasuklah nama penuh pesakit, nombor kad pengenalan, umur, jantina,bangsa dan pekerjaan. Proses yang kedua ialah pengambilan sejarah pesakit Hipertensi di mana perawat perlu mengambil sejarah pesakit termasuklah sejarah perubatan dan pembedahan, sejarah ubat-ubatan, sejarah sosial pesakit seperti merokok dan pengambilan minuman keras, sejarah keluarga samada ada ahli keluarga yang pernah menghidap penyakit Hipertensi dan juga simptom-simptom yang ditunjukkan oleh pesakit Hipertensi.

 Proses yang ketiga ialah pemeriksaan fizikal ke atas pesakit Hipertensi di mana tujuannya ialah untuk menilai keadaan pesakit secara menyeluruh, mengenalpasti faktor risiko dan untuk menilai TOD (Target Organ Damage) atau komplikasi. Pemeriksaan fizikal juga penting kepada pesakit supaya pesakit Hipertensi berada dalam keadaan selesa. Perawat juga perlu menilai tanda-tanda vital pesakit setiap kali pesakit datang menerima rawatan di klinik seperti merekodkan bacaan tekanan darah, mengambil bacaan nadi, respiratori pesakit, pengambilan berat badan dan ketinggian pesakit dengan menentukan Body Mass Index (BMI) pesakit dalam keadaan normal.

Jika individu disahkan menghidap Hipertensi, sebagai perawat, kita perlu mengawal hipertensi pesakit berkenaan dengan memberikan ubat-ubatan yang betul dan memberikan pendidikan kesihatan berkaitan cara untuk mengawal stress secara efektif serta penjagaan pemakanan yang seimbang seperti mengurangkan penggunaan garam serta kolesterol dalam makanan untuk mengawal Hipertensi.

Jika pesakit disahkan menghidap Hipertensi yang teruk, pesakit tersebut perlulah dirujuk kepada doktor di hospital yang berdekatan. Di hospital, pesakit akan berehat dengan sepenuhnya di katil di dalam wad. Pesakit Hipertensi akan dipasangkan ‘intravena line’. Manakala, tanda-tanda vital pesakit akan dikawal oleh perawat di mana bacaan tekanan darah akan diambil setiap satu jam setengah setiap hari.Jika bacaan tekanan darah tinggi atau kehadiran simptom-simptom Hipertensi, sila rujuk kepada doktor untuk rawatan lanjut. Selepas itu, pemeriksaan lanjut akan dilakukan ke atas pesakit Hipertensi dengan mengawal Hipertensi selama 3 bulan di dalam wad dan kemudian, pemeriksaan lanjut oleh doktor sekurang-kurangnya setahun sekali.

PENDIDIKAN KESIHATAN

                   Penyakit Hipertensi atau tekanan darah tinggi anda boleh dipulihkan secara rawatan tanpa ubat-ubatan. Gaya hidup yang sihat memainkan peranan yang sangat penting dalam mencegah penyakit ini iaitu dengan mengubah cara hidup seharian anda seperti dengan mengurangkan pengambilan garam dalam makanan, melakukan aktiviti-aktiviti fizikal yang bersesuaian seperti bersukan dan bersenam, mengurangkan berat badan jika berlebihan (obesiti)  samada melalui senaman ataupun pemakanan yang diambil, berhenti  merokok serta jangan meminum minuman keras dan yang paling penting  kawal stress anda.
          
           Selain itu, penghidap penyakit Hipertensi digalakkan memakan makanan yang mengandungi banyak mineral, kalium dan juga magnesium di mana ia dapat membantu menurunkan tekanan darah. Untuk pengetahuan semua, ramai di antara penghidap Hipertensi yang enggan mengambil ubat untuk merendahkan bacaan tekanan darah kerana mereka beranggapan ubat tersebut akan menimbulkan kebergantungan dan apabila tidak diambil, ia akan mengakibatkan kesan-kesan atau komplikasi  lain.

Pengambilan buah-buahan dan banyakkan memakan sayur-sayuran hijau seperti dapat mencegah penyakit Hipertensi ini. Hal ini kerana ia mengandungi banyak khasiat seperti sumber vitamin, mineral, serat dan zat-zat berkhasiat lain yang sangat diperlukan untuk pertumbuhan dan kesihatan tubuh badan manusia. Selain untuk meningkatkan kesihatan tubuh badan kita, buah-buahan dan sayur-sayuran juga banyak dimanfaatkan untuk terapi pengubatan untuk penyakit-penyakit lain seperti penyakit Diabetes Mellitus yang sering menyerang masyarakat.

Di samping itu juga, kandungan mineral, vitamin, karotenoid dan komponen lain yang terdapat pada buah-buahan serta sayur-sayuran hijau yang berkhasiat bertindak sebagai antioksidan untuk mencegah penyakit kanser, mengatasi gangguan pencernaan, menurunkan kolesterol yang tinggi serta merendahkan bacaan tekanan darah. Antara buah-buahan dan sayur-sayuran hijau berkhasiat yang dapat menurunkan tekanan darah tinggi termasuklah seledri, timun, labu siam, selada air, lobak, tomato, belimbing buluh, belimbing manis, nangka, wortel, pisang, epal dan kiwi.  

Seterusnya, jika anda disahkan menghidap penyakit Hipertensi, segeralah mendapatkan rawatan serta-merta dan mereka juga perlulah kerap berjumpa dengan doktor samada di hospital mahupun di klinik-klinik Hipertensi berdekatan dengan tempat anda untuk mengawal penyakit tersebut. Lakukan pemeriksaan tekanan darah secara berkala. Jika umur anda telah melebihi 40 tahun dan ke atas, anda digalakkan untuk melakukan pemeriksaan tersebut setahun sekali ataupun sekerap mungkin jika penyakit Hipertensi telah dikesan.

Kemudian, antara tabiat-tabiat yang perlu diikuti oleh pesakit Hipertensi ialah ingat untuk mengambil semua ubatan seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor anda. Sebelum anda mengambil ubat dan makanan, anda perlu membaca label-label yang terdapat pada botol ubat dan makanan. Sokongan dan dorongan daripada keluarga serta kawan-kawan rapat anda adalah sangat penting dan sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat dan seterusnya dapat mengekalkan tekanan darah yang normal.

PERANAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN DALAM KES HIPERTENSI DI KLINIK KESIHATAN/KLINIK HIPERTENSI

                Untuk pengetahuan semua, peranan Penolong Pegawai Perubatan sangat penting bukan sahaja dalam memberikan rawatan yang terbaik kepada masyarakat tetapi juga sebagai nadi utama di klinik-klinik kesihatan di seluruh negara demi memastikan kesihatan rakyat Malaysia berada pada tahap yang optimum sejajar dengan visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia selain untuk merealisasikan harapan kerajaan dalam mencapai rakyat sihat menjelang wawasan 2020.

Selain itu juga, tanggungjawab Penolong Pegawai Perubatan bukan sahaja tertumpu di klinik kesihatan sahaja malahan juga turut ditugaskan di Jabatan Kecemasan, Jabatan Pesakit Luar dan juga di Unit NCD (Non Contagious Disease) yang meliputi Klinik Hipertensi, Klinik Diabetes, Klinik Kardiologi, Klinik Ortopedik dan sebagainya.
          
        Peranan utama seorang Penolong Pegawai Perubatan di klinik Hipertensi khususnya adalah sebagai peneraju atau nadi utama di klinik tersebut di mana Penolong Pegawai Perubatan terbabit akan memastikan semua proses rawatan bagi setiap pesakit yang datang ke klinik bermula dengan proses pendaftaran, kes saringan pertama, pemeriksaan fizikal dan ujian makmal, perskripsi ubat-ubatan serta rujuk kes Hipertensi yang teruk ke hospital berjalan dengan lancar dan tersusun. Sebagai contohnya, di Klinik Kesihatan Seremban, jika individu disyaki menghidap penyakit Hipertensi yang teruk, tugas Penolong Pegawai Perubatan adalah dengan merujuk pesakit berkenaan ke hospital yang berdekatan iaitu Hospital Tuanku Jaafar untuk rawatan lanjut.

Peranan kedua sebagai seorang Penolong Pegawai Perubatan ialah sebagai individu utama di klinik dalam menjalankan `Primary Screening` di mana  setiap pesakit yang datang dengan aduan utama akan menjalani saringan awal terlebih dahulu mengikut keperluan oleh Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas. Bagi kes Hipertensi, sebelum rawatan lanjut dijalankan ke atas pesakit Hipertensi, Penolong Pegawai Perubatan akan mengadakan saringan awal untuk memastikan pesakit tersebut benar-benar menghidap Hipertensi. 

Selain itu juga, Penolong Pegawai Perubatan bertanggungjawab dalam mengumpul data-data dan statistik kesihatan bagi kes Hipertensi khususnya bagi setiap bulan sepanjang tahun untuk memastikan kes relapse Hipertensi yang berlaku di kalangan pesakit Hipertensi berkurangan. Sebagai contohnya, sewaktu kami menjalankan ‘field Study’ di Poliklinik Komuniti Lepar Utara 4, Penolong Pegawai Perubatan U29 iaitu Encik Irwansyah Bin Abdul Wahab sedang sibuk menganalisa data-data kes Hipertensi di kawasan Lepar Utara.

Bukan itu sahaja, peranan Penolong Pegawai Perubatan adalah tidak terhad di klinik semata-,mata tetapi juga bertindak sebagai individu yang akan menjalankan `Home Visit` di kawasan lingkungan perkhidmatan klinik tersebut di mana melibatkan pesakit-pesakit yang tidak berkemampuan dari segi fizikal untuk mendapatkan rawatan Hipertensi di klinik yang berhampiran. Kebiasaannya, kes-kes seperti ini adalah melalui makluman orang ramai tentang pesakit-pesakit yang tinggal sebatang kara dan tidak berkemampuan terutamanya warga emas. Di Poliklinik Komuniti Lepar Utara, program ‘Home Visit’ jarang dijalankan kerana tiada kes pesakit-pesakit yang tidak berkemampuan dari segi fizikal mahupun sokongan orang terdekat.

Pemeriksaan fundus menggunakan kamera juga turut dijalankan oleh Penolong Pegawai Perubatan. Pada kebiasaannya, prosedur ini dijalankan di klinik-klinik yang mempunyai Klinik Khas Hipertensi yang mempunyai kemudahan yang lengkap. Sebagai contohnya, di Klinik Kesihatan Seremban, prosedur ini akan dijalankan apabila terdapatnya permintaan oleh doktor untuk pesakit Hipertensi khususnya dan keputusan ujian ini akan membuktikan tahap Hipertensi yang dihidapi oleh seseorang pesakit itu.

KESIMPULAN

          Secara tuntasnya, Hipertensi atau tekanan darah tinggi merupakan penyakit ``silent killer`` yang sangat berbahaya dan boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira usia.  Masyarakat Malaysia tidak menyedari bahawa tanda-tanda dan gejala penyakit ini amat sukar untuk dilihat tetapi kesannya dapat dirasai. Kadang-kadang, pesakit akan mengalami pening kepala, kerap kencing, sukar untuk bernafas, pening atau sakit kepala serta rasa kebas di kawasan dan jantung sering berdebar-debar pembengkakkan pada pergelangan kaki atau jari, muka merah dan panas, kemurungan, tercungap-cungap, bunyi berdengung, pandangan menjadi kabur serta pendarahan di hidung yang berulang. Secara ringkasnya, setiap Penolong Pegawai Perubatan haruslah memainkan peranan mereka dengan penuh dedikasi bagi merealisasikan harapan kerajaan untuk mencapai rakyat sihat menjelang 2020.

SUMBER RUJUKAN
1)      Buku Garis Panduan HIPERTENSI (Koleksi Simpanan En. Muhamad Afzan Bin Razali @ Abdul Aziz)
2)      Dokumen Kerajaan yang didapati daripada Penolong Pegawai Perubatan
a.       Poliklinik Komuniti Lepar Utara 4, Bandar Jengka, Pahang.
b.      Klinik Kesihatan Bukit Goh, Kuantan, Pahang.
c.       Klinik Kesihatan Rasah, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.
3)      Hypertension Clinic Book
a.       Sabah
b.      Kuala Lumpur
c.       Pulau Pinang
d.      Selangor
4)      Internet
a.       http://www.moh.gov.my/hipertension
b.      http://www.google.com/hipertensionphotos
c.       http:// jknns.moh.gov.my/ncdunit

Thursday, January 6, 2011

Allahu



Subhanallah..semakin hari dugaan semakin kuat
adakah aku terpilih untuk lalui dugaan ini ya Allah
adakah aku kuat untuk semua ini ya Allah
aku hanya insan kerdil
yang dahagakan rahmat dan hidayahmu ya Allah

saban hari aku menerti 
betapa berkatnya doa guru-guru
betapa kuatnya kata-kata guru
aku hanya berusaha sikit
tapi lebih 3 orang guru 
mengucapkan doa yang sama dihadapanku
tQ guruku atas doamu
aku kini telah memenangi kejayaan

saban hari aku fahami
Allah tahu apa yang terbaik buat hambanya
tiap kali musibah dan dugaan melanda
ayat ini sering kutitipkan dalam hati
agar hati ini kuat meniti titi-titi hari
alhamdulillah aku berjaya
kini ku sedar tanpa usaha dan doa 
tawakal bakal sia-sia

ya Allah kini aku diuji lagi
kuatkan hati ini ya Allah
mengharungi dugaan
dari saudara sendiri mahupun kafir laknatullah
kuatkan rohani ku yaAllah
aku rasakn tidak kuat lagi
kurasakan tidak tegar lagi
tapi yaAllah aku perlukanMu
berikan lah yang terbaik buatku
mengharungi liku hidup penuh duri

sesungguhnya padaMu tempat ku mengadu..
ku harapkan agar sajadah ku istikharahku
mendapat keredhaan MU ya Allah
ya Allah aku rindukanMu...

Monday, January 3, 2011

ORTHOPEDIC : CLOSED OBLIQUE FRACTURE DISTAL END LEFT RADIUS

PENGENALAN

Bidang ortopedik merupakan satu cabang bidang yang melibatkan bidang pembedahan yang melibatkan system musculoskeletal. Pakar bedah ortopedik menggunakan kedua-dua perkara iaitu pembedahan dan bukan pembedahan untuk merawat kes-kes yang melibatkan trauma musculoskeletal, kecederaan sukan, jangkitan, tumors dan masalah congenital. Nicholas Andry (1741) seorang french physician telah mewujudkan perkataan ortopediks yang diambil daripada perkataan dari Greek, orthos  yang bermaksud membetulkan atau meluruskan dan paideion yang membawa maksud kanak-kanak. Pada tahun 1741 beliau telah menerbitkan buku beliau yang bertajuk Orthopaedia: or the Art of Correcting and Preventing Deformities in Children . Di United States dan Kanada orthopedics digunakan secara meluas selepas diperkenalkan oleh Andry. Bukan itu sahaja, sejarah perubatan diteruskan lagi dengan kaedah yang diperkenalkan oleh Antonius Mathysen. Beliau merupakan seorang pakar bedah tentera yang telah memperkenalkan Plaster of Paris cast pada tahun 1851.

 Banyak kemajuan dalam bidang pembedahan ortopedik adalah hasil daripada pengalaman semasa berlakunya peperangan. Sebagai contoh, traction dan splinting dicipta semasa perang dunia pertama. Intramedullary rods digunakan untuk merawat kepatahan pada tulang tibia dan fibula yang diilhamkan oleh Gerhard Kuntscher dari Germany. Semasa berlakunya perang Vietnam, Gavril Abramovich Ilizarov telah dihantar ke Vietnam untuk merawat tentera-tentera Russia di Siberia pada tahun 1950 yang cedera semasa peperangan dan beliau tiada sebarang latihan dalam bidang ortopedik. Dalam keadaan kekurangan alatan, beliau menerima pelbagai keadaan kesakitan seperti jangkitan pada luka , kepatahan malignan dan sebagainya. Dengan bantuan sebuah kedai basikal tempatan beliau telah menyambungkan external fixators dan juga menghasilkan Illizarov yang digunakan sehingga hari ini.
             
Secara anatominya di dalam badan manusia terdapat 206 tulang yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu axial skeleton mempunyai 80 tulang dan appendicular skeleton yang mempunyai 126 tulang. Tulang-tulang tersebut kemudiannya dibahagikan kepada lima jenis iaitu tulang panjang, tulang pendek, tulang flat, tulang berbagai bentuk, dan tulang sesamoid. Kepatahan tulang boleh didefinisikan sebagai renggang, retak atau patah pada sambungan tulang akibat daripada kecederaan, tekanan dan fungsi patologikal. Tulang yang patah mengambil masa untuk sembuh kepada keadaan sedia kala dan kadar masa yang diambil adalah berbeza mengikut umur dan jantina seseorang. Sebagai contoh, kanak-kanak mempunyai kadar penyembuhan tulang yang lebih cepat berbanding orang dewasa kerana kanak-kanak yang masih membesar dan sentisa menghasilkan nutrien yang diperlukan oleh tulang yang juga disebut sebagai remodeling power. Bagi orang dewasa remodeling powernya adalah kurang kerana faktor umur yang lanjut. Selain itu, orang dewasa yang mengalami kepatahan anggota atas mengambil masa selama 6 minggu untuk sembuh dan kepatahan anggota bawah mengambil masa selama 12 minggu untuk sembuh. Manakala kanak-kanak, kepatahan anggota bawah mengmbil masa hanya enam minggu untuk sembuh berbanding dengan orang dewasa yang memerlukan 12 minggu. Antara tanda-tanda tulang yang mengalami kepatahan ialah pesakit mengadu sakit di bahagian tersebut, kurang menggerakkan anggota tersebut, kekakuan sendi, kecederaan saraf, dislocated, lebam, hematoma, bengkak dan tender serta diformiti.


Terdapat lima peringkat penyembuhan tulang yang patah iaitu peringkat hematoma, peringkat inflammation and cellular proliferation, peringkat pembentukan callus, peringkat consolidation dan peringkat remodeling. Pada peringkat hematoma tisu-tisu yang rosak akan menyebabkan berlakunya pendarahan pada bahagian yang patah kemudian peringkat inflammation dan cellular proliferation. Pada peringkat seterusnya ini, dalam masa lapan jam pembentukan sel-sel baru akan berlaku di periosteum dan medullary kanal dan akhirnya kapilari baru akan terbentuk di kawasan itu. Pada peringkat ketiga iaitu peringkat callus, pada peringkat ini sel-sel akan bertukat kepada osteoblasts dan osteoclasts. Tulang yang telah mati akan dibuang dan tulang baru iaitu callus akan kelihatan pada tempat kepatahan. Peringkat keempat iaitu peringkat konsolidasi yang mana pada peringkat ini tulang baru tumbuh bersama callus tadi akan digantikan kepada tulang lamellar dan pada peringkat terakhir iaitu peringkat remodeling yang mana pada peringkat ini akan berlaku proses di mana tulang akan membentuk kepada tulang asal.

Terdapat empat klasifikasi kepatahan iaitu complete fracture, incomplete fracture, open fracture dan closed fracture. Bagi complete fracture membawa maksud kepatahan lengkap dan kepatahan adalah melibatkan pemutusan tulang serta tidak bersambung walau sedikit pun manakala incomplete fracture ialah kepatahan yang tidak lengkap di mana walaupun tulang tersebut patah tetapi masih ada penyambungannya serta tidak patah secara menyeluruh. Open fracture pula ialah kepatahan yang dapat kita lihat seperti adanya tulang patah yang terkeluar ke kawasan kulit dan berlakunya pendarahan manakala closed faracture pula ialah kepatahan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar di kawasan kulit tetapi dilihat melalui xray.
              
           
Terdapat pelbagai bentuk dan jenis kepatahan yang sering terjadi. Antaranya termasuklah transverse farcture, oblique fracture, spiral franture, comminuted fracture, segmental fracture, hairline fracture, impacted fracture, compression fracture, avulsion fracture, depression fracture dan complicated fracture. Selain itu, terdapat juga basis deformity dan kawasan kepatahan antaranya ialah displacement, angulation, axial rotation, over ridding, distraction dan impaction.

PENYATAAN MASALAH

Kemalangan jalan raya antara masalah utama di Malaysia. Hampir 6,000 kematian disebabkan oleh kemalangan yang menyebabkan kerugian lebih RM6 bilion dilaporkan setiap tahun. Mengikut kajian dan pemerhatian Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis Diraja Malaysia, 95 peratus kemalangan jalan raya di negara ini disebabkan kecuaian pemandu. Mengikut perangkaan Kementerian Pengangkutan, jumlah kemalangan jalan raya di seluruh negara didapati meningkat iaitu sebanyak 250,429 kes pada 2000, diikuti 265,175 kes (2001) dan 275,111kes (2002) dan bilangan ini terus meningkat sehingga tahun 2010. Dengan berlakunya peningkatan drastik seperti ini bilangan pesakit yang mengalami kecederaan termasuk kepatahan tulang turut meningkat seperti kepatahan tulang tibia. Kerajaan turut membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk menampung kos perubatan.

Sepanjang menjalani latihan praktikal di Klinik Pakar Ortopedik Hospital Tuanku Jaafar Seremban, kebanyakkan pelatih masih kurang mengetahui bagaimana untuk menginterpretasikan xray dan mendiagnosakan seseorang pesakit. Pelatih juga kurang cekap dalam menentukan rawatan yang sesuatu bagi satu-satu jenis kepatahan khususnya kepatahan radius. Kebanyakkan pesakit yang ditemui mengakui bahawa mereka kurang mengetahui cara penjagaan POP dan backslab sehinggalah diberitahu oleh perawat. 

Sepanjang dua minggu berada di Klinik Ortopedik, dapat diperhatikan bahawa setiap hari purata kes kepatahan tulang radius adalah 8 hingga 10 kes sehari. Ini bermakna jumlah pesakit yang mengalami kepatah radius sahaja tidak kurang daripada 40 kes dan berkemungkinan boleh melebihi 50 kes setiap minggu. Adakah bilangan ini akan terus meningkat ataupun sebaliknya?

Antara masalah lain yang berlaku sepanjang bertugas di Klinik Ortopedik ialah pesakit perlu menunggu 15 hingga 45 minit untuk dirawat di bilik plaster. Ini adalah disebabkan oleh bilangan pesakit yang ramai. Kakitangan yang bertugas adalah mencukupi iaitu seramai seorang Penolong Pegawai Perubatan U36, seorang Penolong Pegawai Perubatan U32, 5 orang Penolong Pegawai perubatan dan 4 orang Penolong Perawatan Kesihatan. Walaupun bilangan perawat yang ramai masih tidak mampu mengatasi masalh menunggu yang agak lama berikutan pertambahan pesakit yang sangat banyak setiap hari.

Berdasarkan masalah-masalah yang berlaku inilah menyebabkan saya telah memilih tajuk kepatahan tulang radius sebagai tajuk case study memandangkan kes ini merupakan kes yang mempunyai bilangan tertinggi setiap hari.


PENCARIAN LITERATURE

Rosentral (1984 ) Kecederaan muskuloskeletal terjadi lebih 85 peratus orang yang mengalami kecederaan multiple trauma dan tangan merupakan satu organ yang amat istimewa dan fungsinya amat banyak dari fungsi kecil ke fungsi yang besar. 

Malcolm (1984 ) Pencegahan kecederaan ini boleh menyelamatkan nyawa dan mengurangkan kecacatan .Semua lapisan umur perlu diberikan pengetahuan tentang pencegahan kecederaan . Tindakan kejururawatan yang cepat dan tepat adalah penting dalam mencapai penyembuhan secara optima tanpa berlakunya komplikasi dalam pengurusan kepatahan ini.

Sarmiento (1930) Telah memperkenalkan teknik cast dan slab yang berperanan untuk memberi sokongan kepada tisu-tisu lembut dalam keadaan yang kemas dan kuat. Apabila cast ataupun slab telah dipasang, akan terhasil tekanan hidrolik antara cast dan slab dan akhirnya akan mamperbetulkan alignment kepatahan sesuatu tulang.

20 tahun selepas itu, seorang saintis dari Rusia telah mencipta alat yang juga untuk mengimmobilisasikan tulang yang patah. Teknik Illizarov telah dicipta telah menerangkan berkenaan dengan tekanan yang akan membantu immobilisasi dan bagaimana tisu-tisu baru yang terhasil pada penghujung tulang. Gavril A. Illizarov (1950). 

B.B. Joshi (1950) telah mencipta sistem penstabilan atau immobilisasi yang dipasangkan pada luar badan pesakit. Beliau merupakan seorang pakar bedah ortopedik yang berbangsa India. Kaedah ini boleh diaplikasikan untuk merawat deformiti dan trauma pada tangan mahupun kaki.

PENEMUAN/PROSEDUR/RAWATAN

Aduan Utama : Sakit di bahagian pergelangan tangan kiri x 1/7 (pada hari ini)
a)      Sharp pain x 1/7
b)      Numbness pada lengan x 1/7
c)      Selepas dilanggar lori

Sejarah Penyakit Kini :
a)      Pesakit sedang menunggang motosikal dan kemudian dilanggar ileh lori dari bahagian belakang.
b)      Apabila pesakit tersedar beliau sudah berada di hospital.
c)      Pesakit hanya mengalami kesakitan tangan bahagian kiri dan luka-luka ringan.
d)     Tiada backpain.
e)      Tiada nausea dan muntah.
f)       Tidak mengalami kesukaran bernafas.
g)      Tiada Tachypnia.
h)      Pesakit sedar, stabil dan orientasi kepada masa, orang dan tempat.
i)        BO dan PU normal.

Sejarah Penyakit Lalu (Termasuk Alahan Ubatan ):
a)      Pesakit tiada sebarang penyakit yang serius seperti mengalami penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.
b)      Tidak pernah menjalani sebarang pembedahan.
c)      Tiada alahan kepada ubat-ubatan dan tidak pernah mengambil ubatan tradisional.
d)     Pesakit tiada sejarah kemasukan ke hospital dan ini adalah kali pertama bagi pesakit.
e)      Pesakit juga tidak mengalami masalah dalam psikologi seperti skizofrenia.
f)       Pesakit tiada alahan pada makanan seperti makanan laut.

Sejarah Keluarga :
a)      Pesakit merupakan anak ketiga dalam 5 adik beradik.Ibu dan bapanya tidak mempunyai penyakit darah tinggi dan diabetis. Ahli keluarga yang lain tidak mempunyai masalah kesihatan yang serius.
b)      Pesakit tidak berkerja.
c)      Sudah berkawin dan mempunyai 3 orang anak dan sewaktu melahirkan ketiga-tiga anaknya beliau melahirkan dengan cara normal dan bukan pembedahan.

Sejarah Sosial :
a)      Pesakit tidak merokok dan tidak mengambil minuma keras.
b)      Pesakit tinggal bersama suaminya dan anak ketiganya.

Sejarah O&G : NIL

Tanda-tanda Vital :
a)      Suhu badan : 37 darjah celcius
b)      Kadar pernafasan: 22 seminit
c)      Tekanan darah: 151/98mmHg
d)     Kadar nadi: 79 seminit

Pemeriksaan Fizikal :
 GCS                           : Eyes     : 4
                                          Verbal : 5
                                          Motor  : 6
       Airway                       : Normal
              Pernafasan                  : Normal
      Circulation                 : Normal
      Head                          : Normal dan tiada pendarahan
      Leher                          : Normal
     Hidung,telinga,thorat : Normal dan tiada pendarahan
          Dada                          : NormaL
          Upper limbs                : Tangan sebelah kiri sakit dan sukat digerakkan serta
                                      rasa kebas.
Pelvic test                   : Normal
 Lower limbs               : Normal tiada kecacatan dan keabnormalan.
 Power Test                 : Normal
Neuromotor                : Tiada seizures, Tiada hemiperasis, Tiada Quadriplegia

KAJIAN SEMULA SISTEM-SISTEM TUBUH BADAN:
Pesakit telah dirujuk oleh pegawai perubatan kecemasan ke Klinik Ortopedik dalam keadaan stabil untuk diberi rawatan lanjut.

1.      Sistem Kardiovaskular:
a)      Normal
b)      DRNM (Dual Rythm No Murmur)
c)      Bunyi S1S2 normal dan regular rythm
d)     Tiada sakit dada semasa bernafas

2.      Sistem Respiratori:
a)      Normal
b)      Kadar pernafasan 22/ minit
c)      Kadar nadi 79/ minit
d)     Tiada dyspnoea, orthopnea, batuk, wheezing semasa bernafas
e)      Tiada stridor

3.      Circulatory System:
a)      Normal
b)      Tidak pucat
c)      Tidak flushed
d)     Tidak Cyanose
e)      Tidak dizziness
f)       Tidak anemia
4.   
          Sistem skeletal:
a)      Terdapat deformiti pada bahagian tangan kiri
b)      Positif motor refleks
c)      Tiada kyphosis
d)     Tiada Scoliosis
e)      Brudzinski sign negatif
f)       Power test :



 Sistem Exrectory:
a)      Normal
b)      Bowel sound Normal

      Sistem Muskular:
a)      Tonus muscle refleks lemah pada tangan kiri
b)      Positif tonus muscle refleks lower limb
c)      Tiada kesakitan
d)     Tiada dystrophy

7.      Sistem Endokrin:
a)      Normal
b)      Tiada Tremor
c)      Tiada chusing syndrome
d)     Tiada moon face


Diagnosa Sementara :  CLOSED OBLIQUE FRACTURE DISTAL END LEFT                                     RADIUS

Diagnosa Perbezaan :
a)      Colles fracture
b)      Styloid proses fracture
c)      Distal radius and ulna fracture

Penyiasatan :
a)      X ray dilakukan kepada pesakit supaya dapat mendiagnos pesakit dengan tepat. Lakukan x ray pada pergelangan tangan kiri pesakit dengan pandangan lateral dan anterior posterior.
                                 

Pengurusan / Pengendalian kepatahan :
a)      Memasang back slab pada tangan kiri pesakit  yang mengalami kepatahan supaya dapat immobilize pesakit daripada menggerakkan tangannya.
b)      Apabila bengkak telah berkurang, backslab akan ditukarkan kepada pemasangan POP (plaster of paris) supaya pergerakan pada tulang yang patah dapat diminimumkan.
c)      Pesakit tidak perlu dilakukan CMR ( Closed Manipulation Reduction ) memandangkan tulang radius pesakit tidak over riding dan masih pada kedudukan asal.
d)     Memberikan temu janji akan dating iaitu 1/52 seminggu kemudian, untuk melihat pengurangan bengkak dan pemasangan POP.
e)      Memberikan pendidikan kesihatan berkenaan penjagaan backslab.

                                                              i.      Jangan basahkan, potong, panaskan dan membuat lain-lain perkara yang boleh merosakkan plaster.

                                                            ii.      Sila ambil perhatian jika berlakunya perubahan berikut dan dating segera ke hospital atau klinik berhampiran.
1.      Jika plaster pecah, longgar atau tidak selesa.
2.      Jika terasa sakit.
3.      Jika terdapat kelembapan.
4.      Jika jari tangan menjadi kebas atau susah digerakkan.
5.      Jika jari tangan menjadi bengkak, kebiruan (pucat).

                                                          iii.      Plaster terasa ketat untuk beberapa ketika selepas dipasang. Keadaan ini biasanya akan hilang apabila dibawa berbaring dan bahagian yang berplaster ditinggikan dengan menggunakan bantal serta membiasakan menggerakkan semua bahagian sendi-sendi yang tidak ditutupi oleh plaster.

 PERBINCANGAN

Kepatahan yang dialami oleh pesakit ini tidak memerlukan perawat untuk melakukan CMR (Closed Manipulation Reduction) dan pemberian sedation domicum dan pethidine kepada pesakit untuk melakukan CMR juga tidak perlu. Ini adalah kerana kepataha yang dialami pesakit adalah kepatahan setempat dan tulang yang patah masih berada pada kedudukan asal dan tidak berlakunya displacement atau over ridding.
           
Pesakit ini juga tidak dipasangkan POP sebaliknya dipasangkan backslab. Ini adalah kerana tangan pesakit yang patah masih bengkak. Bengkak merupakan salah satu kontraindikasi pemasangan POP. Jika POP tetap dipasang, tangan pesakit akan mengalami tekanan yang akan membawa komplikasi yang lebih teruk dan apabila bengkak tersebut telah surut, POP yang dipasang akan longgar dan boleh berlakunya pergerakan tulang yang patah. Akibatnya tulang yang patah akan bertambah teruk.
           
Pesakit ini juga tidak memerlukan sebarang pembedahan pada tulang radius yang patah kerana kepatahan yang dialami adalah tidak serius. Adalah penting apabila seseorang pesakit yang datang dengan sebarang aduan yang berkenaan dengan system musculoskeletal, perawat perlu bertanya mengenai system perkumuhan pesakit iaitu berkenaan dengan pembuangan air besar dan pembuangan air kecil pesakit samada normal atau sebaliknya. Ini adalah kerana jika pesakit mempunyai masalah dengan system perkumuhannya berkemungkinan saraf yang mengawal sensasi untuk system perkumuhan mengalami masalah. Berkemungkinan saraf tersebut terkenan atau ditekak oleh sesuatu tulang menyebabkan pesakit hilang sensasi untuk membuang sisa kumuhannya. Dengan cara ini perawat dapat mengesan masalah pesakit dengan lebih awal dan rawatan awal dapat diberikan.

            Sirkulasi (Neurovaskular assesment). Merupakah satu kaedah di mana perawat dapat menilai samada sesuatu cast atau slab yang dipasang terlalu ketat dan sebagainya. Antara perkara yang dinilai ialah warna kulit pesakit yang dipasangkan cast atau slab. Warna tersebut samada berwarna merah jambu, pucat atau sianosis pada peringkat yang teruk. Kemudian suhu anggota badan yang terlibat samada panas, sejuk atau terlalu sejuk. Ini juga berkait rapat dengan teknik pemasangan cast atau slab. Seterusnya ialah nadi. Nadi akan dirasai dihujung sesuatu anggota yang terlibat dan rasa kebas. Perkara-perkara ini perlu dinilai untuk mengelakkan komplikasi daripada pemasangan cast dan slab.        

Antara perkara penting yang perlu dilakukan oleh seseorang perawat apabila berhadapan dengan pesakit yang mengalami masalah berkenaan dengan musculoskeletal adalah dengan menjalankan ujian kekuatan atau power test. Ujian ini adalh berdasarkan bagaimana tindak balas pesakit apabila perawat mengarahkan untuk menggerakkan sesuati anggota badan untuk menilai tahap kekuatannya. Skor untuk ujian ini adalah seperti berikut:


SKOR                                               KEKUATAN
0                                           : Langsung tidak dapat menggerakkan anggota badan.
1                                           : Mampu menggerakkan anggota badan dalam kadar yang sedikit.
2                                           : Menggerakkan anggota badan, tetapi tidak mampu mengangkat
  anggota badan tersebut kerana tiadanya gravity.
3                                           : Pesakit mampu menggerakkan anggota badannya dan mampu
  mengangkat anggota badan tersebut dan mampu melawan gravity
  tetapi dalam keadaan yang sedikit lemah.
4                                           : Pesakit mampu mengagkat tangan atau anggota badan lain dan
   menggoyangkannya serta mampu melawan tolakan tangan
   perawat.
5                                           : Normal. Berkekuatan seperti orang biasa yang tidak mengalami
   sebarang masalah musculoskeletal.
Melalui ujian ini, rawatan yang bersesuaian dapat diberikan seperti membuat terapi physiologi.

            Apakah yang penting di dalam menginterpretasikan sesebuah Xray? Perkara yang paling penting ialah nama pesakit dan tarikh Xray diambil untuk mengelakkan pertukaran Xray. Pastikan yang mana satu dari arah lateral dan yang mana satu dari arah anterior dan posterior. Kemudian perhatikan anggota mana yang terlibat seperti tangan atau kaki dan kiri atau kanan. Komponen terpenting dalam sesuatu Xray adalah bone contact, angulation of the bone dan alignment of the bone. Dalam bone contact, perawat perlu mengetahui berapa darjahkah tulang tersebut bersambung sebelum dilakukan cast atau slab dan selepas dilakuakan cast atau slab untuk mengetahui keberkesananya. Kemudian angulation of the bone, ia perlu untuk menentukan darjah bentuk sesuatu tulang. Untuk mengiranya perawat perlu menggunakan pensil, pembaris dan protaktor.  Sekiranya darjahnya kurang 50 darjah, maka rawatan lnjut perlu dilakukan jika sebaliknya, tidak perlu dilakukan apa-apa Cuma teruskan rawtan konservatif. Untuk alignment pula, setiap tulang perlu dilukis satu garisan lurus. Alignment yang tidak lurus memerlukan rawatan lanjut dan sebaliknya. Sebagai contoh :

PENGIRAAN BONE CONTACT:
Contoh 1:

AP View         : Bone contact is 20 percent. Need to do CMR.
Lateral View   : Bone contact is almost 10 percent.

Contoh 2 :
 
AP View : Bone contact is almost 95 percent. No need to do CMR.
Lateral View : Bone contact is 80 percent. It is good.


PENGIRAAN ANGULATION OF THE BONE :
Contoh 1 :


AP View : The angulation of the bone is almost         degree. Need to do CMR.
Lateral View : The angulation of the bone is          degree.


Contoh 2 : Langkah-langkah mengira sudut kepatahan.

AP View : The angulation of the bone is          degree. No need to do CMR.
Lateral View : The angualtion of the bone is                degree.

  
PENGIRAAN ALIGNMENT OF THE BONE:
Contoh 1:


AP View : The alignment is perfectly straight but there is no bone contact at the
                    radius bone.
Lateral View : The alignment is perfectly straight but there is no bone contact at the
                    radius bone.

Contoh 2:

 AP View : The alignment is straight.
Lateral View : The alignment is not really straight.


CADANGAN PENYELESAIAN

Antara cadangan yang ingin dikemukakan ialah memberikan pendidikan kesihatan  mengenai pengurusan kepatahan kepada masyarakat. Hal ini kerana sedikit sebanyak dapat membantu pesakit dalam pengurusan awal kepatahan seperti melakukan splint pada tempat kepatahan. Selain itu juga bagi setiap pengurusan yang dilakukan perlulah mengawasi system neurovascular pesakit supaya dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Pemberian pemplet kepada pesakit juga adalah satu tindakan yang bijak contohnya memberikan pemplet apabila pesakit selesai mendapatkan rawatan dan pemplet tersebut mempunyai maklumat mengenai kepatahan, pengurusan dan juga cara penjagaan plaster of paris. Hal ini akan dapat membantu pesakit dalam penjagaan kepatahan yang dialami oleh seseorang individu.

            Selain itu pihak Kementerian Kesihatan perlu menjalankan Program-program pendidikan kesihatan berkenaan dengan kepatahan tulang. Ini adalah kerana di zaman seba moden ini, masih wujud segelintir golongan yang lebih mempercayai perubatan tradisional seperti mendapatkan rawatan daripada ``bomoh patah``. Kepercayaan perubatan tradisional ini sememangnya tidak disangkal keberkesanannya namun komplikasi yang bakal diterima tidak dapat dijangka.


RUMUSAN

Sepanjang berada di unit orthopedic ini saya dapat lihat bagaimana pengendalian kes-kes kepatahan dilakukan dan apa yang saya dapat perjelaskan bahawa pengendalian kes orthopedic ini adalah bersesuian dengan jenis kepatahan seperti immobilisasi kepatahan. Hal ini kerana dapat mengelakkan daripada berlaku keadaan yang lebih buruk seperti berlaku kecederaan lain seperti kecederaan vascular dan juga kecederaan saraf. Selain itu juga apabila penyiasatan dilakukan dan diagnosa  tepat diperolehi aplikasi plaster of paris digunakan. Hal ini bagi memastikan agar penyembuhan tulang dapat berjalan dengan sempurna dan aligment tulang yang akan bercantum juga akan menjadi kemas. Jika pengendalin kes seperti ini tidak dilakukan pelbagai komplikasi yang boleh diperolehi seperti non-union dan juga compartment syndrome. Pengendalian seperti ini adalah penting bagi memastikan keadaan pesakit dengan baik dan proses penyembuhan dapat berjalan dengan sempurna.

            Apa yang paling penting bagi kepentingan kerjaya sebagai Penolong Pegawai Perubatan ialah, apabila berada di Klinik Ortopedik ini saya dapat melihat bagaimana pegawai perubatan menjalankan clerking case setiap pesakit yang dirujuk ke Klinik ini. Ini sangat berguna apabila bertugas kelak.



RUJUKAN

Adams J C. & Hamblen D L (1994) Outline Of Orthopaedics, ELBS / Churchill Livingstone , Great Britain.

Apley’s A G & Solomon L (1995) System Of Orthopaedic And Fracture 7th Edition,  ELBS / Butterworth – Heinemann , Great Britain.

Christine Gunn (1992) Bones and Joints, Churchill Livingstone, Edinburgh London.

Mc Rae R & Esser M (2002) Principal Fracture Treatment 4th Edition, Churchill Livingstone, Edinburgh London.

R.K. Gupta (1990) Illustrated Orthopaedics, Aditya Medical Publishers, United Kingdom.

SITI AISYAH BINTI ZULKAFLI
KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN SEREMBAN