PENGENALAN
Scabies merupakan penyakit kulit yang banyak menyerang penduduk di Negara yang membangun. Penyakit ini adalah disebabkan oleh Sarcoptes Scabiei yang merupakan kutu daripada jenis obligate ectoparasitik arthropod, taksonomikali (taxonomically) dari jenis Arachnida dan adalah sebahagian daripada kumpulan Acari.Iaitu susunan daripada Astigmata dan jenis Sarcoptidae. Mengikut sejarah, Scabies telah dikenal pasti sejak zaman kuno lagi iaitu menerusi sejarah Aristotle ( 384 – 322 BC ). Beliau merupakan individu pertama yang mempercayai mengenai kutu scabei dan seterusnya mengkaji. Aristotle menggambarkan kutu Scabei sebagai “lice in the flesh”dan menggunakan istilah “akari”. Sejarah pengkajian Scabei ini bukan sahaja berakir disini, malah turut dinyatakan oleh penulis berbangsa arab iaitu Abu El Hassan Ahmed El Tabari pada 970, Saint Hildegard (1098 – 1179) dan Moorish Physician Avenzor (1091 – 1162).
Pada 1687,Bonomo dan Cestomi dengan terperinci menjelaskan mengenai punca penyakit Scabie menerusi surat. Penjelasan mereka merangkumi cara kehidupan atau keadaan semulajadi parasit, penyebaran, perawatan, dan lukisan kutu dari pandangan mikroskopik serta telur Sarcoyes Scabiei. Turut dipercayai, mereka merupakan individu pertama yang menyatakan teori mengenai parasit serta penyakit yang berjangkit.Sehiggalah pada tahun 1868 2 abad kemudian, penyebab kepada scabie telah dikukuhkan dengan penerbatan sebuah buku oleh Hebra.
Penyakit ini disebarkan melalui sentuhan secara langsung dan yang melibatkan sentuhan antara kulit pada individu yang telah dijangkiti. Bagi golongan dewasa, perhubungan intim secara seksual turut menjadi medium jangkitan Sarcoptes Scebiei. Penyebaran atau jangkitan antara individu yang telah dijangkiti dengan individu lain melibatkan jumlah kutu dan jarak. Namun faktor seperti pakaian dan cadar tidak menjadi faktor tertinggi sebagai penyumbang tetapi kondisi transmisi seharusnya melihat kepada keterukan (severe) scabie. Apabila kutu tersebut tersebar keluar daripada host, ia mampu bertahan selama 24-36 jam pada suhu bilik dengan kelembapan yang normal (21°C dan 40 hingga 80% daripada kelembapan relative) . Malah ia mampu bertahan dengan keadaan suhu yang rendah dan tahap kelembapan yang tinggi. Namun kemampuan kutu tersebut akan terjejas apabila berkaitan dengan tempoh masa yang terdapat pada hos. Tambahan pula,terdapat berjuta individu yang telah dijangkiti Kutu daripada jenis Sarcoptes Scabiei dan angka telah mencecah 300juta kes yang telah dilaporkan malah berlaku dalam satu masa di peringkat antarabangsa. Kebanyakkan individu yang dijangkiti melibatkan individu yang menjalankan kehidupan seharian dengan gaya hidup yang kurang baik terutamanya melibatkan kebersihan.
Penyakit ini merupakan antara penyakit utama yang banyak menyerang kanak- kanak. Walaubagaimanapun, ia turut menyerang individu tanpa mengira jenis jantina, umur, kumpulan etnik dan taraf sosioekonomi. Scabies bukan sahaja dikenalpasti sebagai penyakit dermatologi yang hanya menyerang dan memberikan kesan buruk kepada manusia malah ia juga merupakan masalah utama yang telah menyerang haiwan ternakan dan peliharaan. Sebagai contoh di United State terdapat 25% kes yang telah dilaporkan telah diserang oleh Sarcoptes Scabiei dan melibatkan khinzir, yang telah menjadi sumber pendapatan. Kesannya, U.S telah mencatat kerugian ekonomi yang besar. Dilaporkan terdapat jutaan haiwan- haiwan liar yang telah dijangkiti Scabietic Mange. Walaupun masalah ini telah lama dikesan namun ia masih belum berjaya diatasi kerana terdapat gangguan terhadap kajian mengenai Scabei. Tambahan pula, Molecular Studied of Parasite adalah terhad berdasarkan bebanan parasit yang rendah secara amnya dan kekurangan kultur invitro system.
.
PENYATAAN MASALAH
1. Kudis buta adalah penyakit kulit yang disebabkan oleh Sarcoptes Scabies yang mana keadaan kegatalan pada kulit. Bagaimana untuk mengenali Sarcoptes Scabies dan untuk membezakannya dengan serangga kecil yang lain yang mana kurang diketahui oleh kebanyakkan penduduk yang khususnya penduduk luar bandar?
Sarcoptes Scabies merupakan serangga kecil dan selalunya tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Ianya berbadan bulat dan mempunyai lapan kaki yang panjang. Kutu ini berukuran 0.4 mm panjang setiap satu. Kutu betina akan mengorek masuk kedalam kulit, mengeluarkan telur dan mati. Telur-telur akan menetas menjadi kutu dan hidup selama 30 hari. Kudis buta bukanlah tanda-tanda kurangnya penjagaan kebersihan. Walaubagaimanapun, ianya cenderung berlaku ditempat-tempat tinggal yang sesak sepeti asrama dan rumah asuhan.
2. Bagaimana Ubatan dalam bentuk cecair digunakan ? Tidakkah ia berbahaya jika terkena mata mahupun mulut ataupun sekiranya terkena pada bahagian yang tidak dijangkiti oleh Scabies?
Ubatan disapu pada bahagian yang dijangkiti dan gatal serta dibiarkan semalaman sebelum membilasnya esok pagi. Rawatan perlu diambil untuk 1-3 malam berturut-turut mengikut nasihat doktor. Pakaian dan cadar juga perlu dibasuh dengan air panas. Ubatan untuk jangkitan ini kebiasaannya tidak berbahaya jika terkena pada bahagian yang tidak dijangkiti oleh kutu Scabies. Manakala jika terkena mata atau mulut, hendaklah dibilas dengan air yang banyak.
3. Penyakit Scabies merupakan penyakit yang mudah berjangkit dan mampu merebak walaupun anggota yang dijangkiti bersentuhan dalam masa yang singkat. Adakah Semua ahli keluarga ataupun semua penghuni asrama perlu dirawat pada masa yang sama, tidak kira samada mereka ada rasa gatal atau tidak?
Semua ahli keluarga mahupun penghuni asrama yang tinggal bersama dalam sesuatu tempat perlu dirawat walaupun mereka tidak berasa gatal. Kadangkala mereka tidak berasa gatal kerana kutu Scabies masih bertelur dan dalam proses membiak di bawah kulit manusia yang dijangkiti. Kadangkala kegatalan mungkin berterusan untuk beberapa minggu selepas rawatan berhasil. Ubatan untuk mengurangkan kegatalan mungkin perlu diteruskan untuk beberapa minggu. Ini adalah Pencegahan dari merebak kepada orang lain contohnya untuk menjauhi kanak-kanak yang dijangkiti dari sekolah/taman kanak-kanak sehingga selesai rawatan. Selain itu adalah untuk merawat seluruh ahli keluarga serentak.
4. Kudis buta merupakan sejenis jangkitan kulit yang kerap dijangkiti oleh kanak-kanak dan penyakit ini nampak seperti penyakit biasa. Adakah penyakit ini berbahaya?
Kudis buta merupakan penyakit yang sering berlaku di Malaysia . penyakit ini bukanlah penyakit kronik. Walaupun kudis buta bukan tergolong mengikut senarai sakit kronik, jika tidak dirawat dengan segera ia boleh menjangkiti seluruh ahli keluarga dan orang terdekat dengan pesakit. Malah kehadiran kudis buta boleh mengakibatkan tekanan emosi dan rasa rendah diri kepada individu terbabit terutama kanak-kanak. Proses pembiakan generasi hama itu sentiasa berulang dan ia terus merebak ke kawasan dengan pantas apabila pesakit menggaru bahagian berkenaan. Jika mampu bertahan, individu dinasihatkan jangan menggaru kerana ia menyukarkan diagnosis doktor serta menyebabkan jangkitan kuman.
5. Seperti jangkitan kulit yang laian, kebanyakkannya akan meninggalkan kesan pada kulit pesakit. Adakah jangkitan penyakit kudis buta ini juga akan meninggalkan kesan kepada pesakit?
Jangkitan scabies biasanya akan meninggalkan kesan parut tetapi lama kelamaan kesan parut tersebut dengan sendirinya akan hilang. Kesan lain ialah dari segi emosi dan perasaan pesakit dalam masyarakat. Menyentuh kesan emosi kepada si kecil, mereka mungkin dipulaukan rakan sebaya jika didapati mempunyai masalah kudis buta dan sekali gus boleh memberikan tekanan, menimbulkan rasa malu, rendah diri dan menghadapi kesukaran bergaul. Dalam usia ini kanak-kanak sukar memahami sesuatu keadaan. Justeru, perasaan malu tidak mampu dielakkan jika diejek rakan hanya disebabkan kudis buta. Sokongan ibu bapa amat diperlukan, termasuk segera mendapatkan rawatan selain menitik beratkan penjagaan kebersihan anak mereka.
6. Jangkitan kudis buta seringkali menjangkiti kawasan kaki dan ke bawah. Adakah jangkitan kudis buta akan berlaku dibahagian-bahagian seperti tangan dan kawasan kaki ke bawah sahaja?
Kudis buta jarang menjangkiti bahagian badan atas daripada paras leher, iaitu muka dan kepala kerana bahagian ini terdedah kepada panas dan kering. Namun bayi lebih kerap terkena kudis buta di bahagian muka. Bagi orang dewasa yangg mukanya rasa gatal-gatal, ini mungkin bukan kudis buta, tapi besar kemungkinan alahan pada alat solek atau ekzema (eczema). Perlu berjumpa doktor untuk merawat gatal-gatal pada muka. Jika pesakit kudis buta menggaru dan kulit merekah, bakteria pula boleh menyelinap masuk dalam kulit dan membiak pada kulit dan menyebabkan kulit berair dan bernanah (skin infection). Kehadiran nanah menyebabkan badan berbau kurang enak. Jangkitan berpanjangan (chronic infection): Jangkitan berpanjangan menyebabkan kulit menjadi tebal, keras, gelap dan bergerutu seperti kulit pokok (tree bark). Kulit amat gatal dan berasa sakit. Kulit amat sukar dirawat apabila berada di peringkat ini.
7. Adakah kudis buta boleh dirawat dalam jangka masa yang singkat? Ataupun perlukan penjagaan yang berterusan seperti penyakit kronik yang lain?
Jangkitan kudis buta memakan masa yang agak lama sebelum pulih sepenuhnya. Ubat yang digunakan termasuklah malathion dan benzoate untuk membunuh hama kudis buta. Ubat perlu disapu ke seluruh badan termasuk tangan dan tapak tangan, selama 12-24 jam. Semua bahagian badan perlu disapu dengan rapi tanpa membiarkan walaupun seekor hama terlepas dan terus membiak. Ubat-ubat ini amat racun untuk hama kudis buta dan hama akan mati dalam 24 jam. Apabila hama mati, jangkitan kudis buta akan mula surut dan reda. Pakaian yang terkena jangkitan kudis buta boleh direbus (air mengelegak) atau diletakkan dalam beg plastik dan diikat, dan biarkan selama sebulan untuk membunuh hama. Bantal dan tilam boleh dijemur di bawah matahari yang terik supaya hama mati. Boleh spray tempat tidur (bantal & tilam) dengan spray nyamuk atau lipas (hama akan segera mati). Tempat tidur juga boleh disapukan dengan tea tree oil yang dibeli di farmasi. Spray atau comorkan setiap hari, 1 jam sebelum tidur.
‘Scabies’ ataupun sejenis penyakit yang lebih dikenali sebagai kudis buta oleh masyarakat setempat sering menyerang sesebuah negara di dunia secara endemik. Kebiasaannya, penyakit ini akan menyerang kawasan tropikal dan juga subtropikal. Antara negara yang sering mengalami masalah serangan kudis buta ataupun ’scabies’ ini adalah negara-negara seperti Afrika, India, Pulau Caribbean, Amerika Tengah dan Amerika Selatan, Australia Utara dan Australia Tengah serta tidak dilupakan beberapa buah negara yang terdapat di Asia Tenggara.
Serangan kudis buta ini seringkali dikaitkan dengan kejadian perang yang bersifat major dimana ia sering terjadi di antara tahun 1919 dan 1925, 1936 dan 1949, dan juga 1964 dan 1979. Kajian epidemiologi yang dijalankan sering kali mendapati prevalence ’scabies’ tidak dipengaruhi oleh perbezaan yang terdapat dalam jantina, kaum, umur, mahupun taraf sosioekonomi. Kawasan yang diserang kudis buta ataupun ’scabies’ secara endemik ini sering dihubungkait dengan keadaan immuniti yang rendah dan juga pendedahan yang berpanjangan kepada penyakit ini. Antara golongan yang mudah dijangkiti dengan masalah ini adalah kanak-kanak diikuti dengan golongan remaja yang mencecah dewasa. Golongan yang mengalami masalah ’compromised immune systems’ turut menjadi mangsa akibat penyakit ini.
Berikut merupakan beberapa keratan daripada berbagai sumber mengenai pendefinisian scabies:
1. Perunding Pediatrik, Dr S Selvakumar, berkata kudis buta atau scabies terjadi disebabkan serangan hama dikenali sebagai Sarcoptes Scabies yang mudah berjangkit dari individu ke individu lain terutama dalam komuniti padat seperti di pusat asuhan, asrama atau rumah penjagaan orang tua. Ia boleh menyerang sesiapa saja, namun anak kecil lebih terdedah kerana mereka belum pandai menguruskan kebersihan diri.
2. Mengikut artikel di dalam berita harian pada tahun 2004 dengan tajuk Kudis buta biak bawah kulit Oleh Hanisah Selamat. Menurut beliau Telur hama menetas dalam tempoh tiga hari, boleh berjangkit menerui sentuhan, berkongsi pakaian dan tilam. KUDIS buta pasti membuatkan si kecil tidak senang duduk kerana asyik menggaru tanpa henti sekali gus menyebabkan luka semakin teruk. Kanak-kanak memang senang terdedah kepada penyakit itu, tambahan pula kudis buta mudah berjangkit. Fenomena kurang menyenangkan itu sudah tentu merisaukan ibu bapa terutama yang menghantar anak ke pusat asuhan atau tadika. Persekitaran kotor memudahkan kanak-kanak terdedah kepada hama kudis buta.
3. Menurut artikel dalam majalah yang bertajuk Achive of Dermatology yang dikeluarkan oleh Persatuan Perubatan Amerika telah mendefinisikan Scabies sebagai sejenis penyakit berjangkit yang disebarkan dengan cepat dalam keadaan yang sesak dan ditemui diseluruh dunia. Penjagaan kebersihan peribadi merupakan aspek utama yang menyumbang kepada jangkitan penyakit ini.
4. Menurut laman web Wikipedia, Scabies dikenali senbagai penyakit luar kulit berjangkit yang bercirikan gelembung-gelembung nanah yang disebabkan oleh kutu Sarcoptes Scabiei . perkataan Scabiei itu sendiri merujuk kepada perkataan Latin yang merujuk kepada gigitan serangga kecil. Disesetengah tempat kadangkala ia juga dikenali sebagai `Mite`, `Itch Mite`, `Mange`, `Crusted Scabies`, `Norwegian Scabies`, `Sarcoptes scabiei`, or `The Seven-Year Itch`.
5. Menurut portal kesihatan di internet menyatakan bahawa Kudis buta adalah sejenis jangkitan kulit yang boleh berjangkit disebabkan oleh sejenis hama. Hama adalah sejenis makhluk seperti serangga yang membentuk laluan/terowong di bawah lapisan luar kulit. Hama bertelur di bawah kulit dan menghisap darah dari mangsanya.Kudis buta dijangkiti melalui sentuhan langsung kulit ke kulit.Semua orang tanpa mengira peringkat umur terdedah kepada jangkitan ini.Kudis buta yang menjangkiti haiwan tidak boleh menjangkiti manusia, ia hanya akan menyebabkan ruam.
PERBINCANGAN
Secara umumnya, tiada cara yang efisyen yang boleh dijalankan untuk mengesan penyakit ini. Sehingga kini, antara cara yang sering dilakukan untuk mengesan penyakit ini hanyalah melalui ujian tanda-tanda klinikal dan juga ujian mikroskopik terhadap ’skin scrapping’. Ujian mikroskopik yang dijalankan menggunakan ’skin scrapping’ adalah dijalankan untuk mengesan kehadiran ’mites’, telur ataupun najis daripada ’mites’ tersebut. Sekiranya melalui ujian mikroskopi terhadap ’skin scrapping’ ini mendapati kehadiran ’mites’, telur ataupun najis ’mites’ tersebut, maka pesakit tersebut boleh didiagnos sebagai positif ’scabies’. Kadangkala ujian mikroskopi ini dijalankan menggunakan ’skin scrapping’ yang terdapat dibawah kuku pesakit. Selain daripada ujian terhadap tanda-tanda klinikal dan ujian mikroskopi terhadap ’skin scrapping’ pesakit, ujian dermatoscopy juga boleh dijalankan.
Ujian dermatoscopy ini sering dijalankan memandangkan ujian ini merupakan prosedur noninvasif, malah melalui ujian ini, keadaan kulit pesakit dapat diinspeksi bermula dari lapisan permukaan kulit sehingga ke lapisan superfisial dermis papilari. Pemerhatian akan dilakukan bagi mengenal pasti bentuk ’jet-with-contrail’ yang mewakili ‘mites’ dan laluannya. Kadangkala, ujian dermatoscopy adalah lebih mudah dijalankan sekiranya ’skin scrapping’ tidak dapat diambil terutamanya kepada bayi. Akan tetapi, kos untuk menjalani dermatoscopy adalah tinggi. Secara umumnya scabies adalah disebabkan oleh jangkitan parasit iaitu parasit jenis Sarcoptes scabiei atau dikenali sebagai hama gatal oleh masyarakat Malaysia. Seseorang itu mempunyai kadar yang tinggi untuk dijangkiti scabies apabila pesakit itu suka menggaru dan mempunyai kuku yang panjang. Hal ini kerana kuku yang panjang boleh menjadi agen atau perumah kepada parasit ini untuk pindah dari kulit pesakit yang telah dijangkiti kepada orang lain.
Pesakit-pesakit yang telah dijangkiti oleh parasit ini juga boleh menyebarkan parasit ini kepada objek lain apabila mereka sedang menaip, menggunakan tandas, pakaian, tuala dan lain-lain lagi. Jangkitan parasit ini hanya boleh berlaku apabila seseorang itu mempunyai sentuhan langsung dengan pesakit yang telah dijangkiti. Selain itu, seseorang individu itu juga boleh dijangkiti sarcoptes scabiei apabila berada dalam keadaan atau suasana yang sesak seperti pusat membeli belah, di dalam komuter dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, seseorang itu boleh mendapat jangkitan scabies apabila, magsa tersebut melakukan hubungan seksual bersama individu yang telah dijangkiti sarcoptes scabiei.
Jangkitan parasit ini juga sangat bersangkut paut dengan amalan kebersihan bagi setiap individu itu. Individu yang tidak mengamalkan amalan kebersihan ini akan menyebabkan peratusan untuk dijangkiti semakin meningkat. Individu itu, boleh dijangkiti melalui makanan yang tercemar dengan parasit sarcoptes scabiei apabila ia itu tidak mencuci tangan sebelum makan atau selepas menggunakan tandas. Scabies adalah sejenis jangkitan pada kulit yang boleh merebak dengan kadar yang cepat terutamanya dalam keadaan yang sesak. Simptom yang pertama iaitu jerawat yang membentuk kemerah-merahan berlaku terutamanya pada tangan, celah jari, pinggang, bahu, penis dan juga buah dada. Jangkitan ini akan menyebabkan kegatalan di seluruh badan terutamanya, pada waktu malam. Menggaru pada tempat yang gatal itu membolehkan pesakit mendapat jangkitan bakteria.
Jangkitan scabies berlaku disebabkan oleh Sarcoptes scabei. Parasit betina sepsis ini akan menebuk lubang di bahagian kulit dan masuk ke bahagian bawah kulit. Seterusnya parasit ini bertelur di bawah kulit dan membiak. Selepas bertelur, larva-larva ini akan terus migrasi ke bahagian-bahagian kulit yang lain dan matang. Sarcoptes scabei yang matang boleh hidup dalam badan manusia selama satu bulan. Parasit ini mengambil masa selama 48-72 jam untuk migrasi dalam seluruh badan manusia.
Manifestasi klinikal seperti kegatalan dan kemerahan itu adalah merupakan tindak balas alergi bagi parasit ini. Bagi pesakit yang pertama kali di jangkiti scabies, ia akan mengalami jangkitan selama 4 hingga 6 minggu. Scabies boleh merebak secara meluas melalui sentuhan secara langsung dan peratusan untuk jangkitan dari barang-barang peribadi pesakit yang telah dijangkiti adalah kurang. Parasit ini juga boleh mengjangkiti jika seseorang itu berada dalam keadaan yang sesak serta melakukan hubungan seks dengan orang yang telah di jangkiti.
Terdapat pelbagai symptom dan gejala yang dapat di lihat pada pesakit semasa menjalankan pemeriksaan fizikal serta pengambilan sejarah pesakit. Segala aduan dan pengambilan sejarah pesakit akan di catat. Ciri-ciri symptom jangkitan scabies yang sering dilihat adalah seperti terdapatnya lubang di bawah kulit, gatal, ruam dan seterusnya akan menunjukkan secondary infection. Simptom yang terdapat pada kanak-kanak pula adalah seperti melecur, agrolesi dan lesi yang selalunya terdapat pada tapak kaki. Selain itu, terdapat juga s-shaped track pada permukaan kulit dan nodules yang kelihatan seperti gigitan lebah. Nodules dan melecur ini terdapat di seluruh tubuh seperti di celah jari, peha, kaki, ketiak, lengan atas, punggung, muka serta kepala. Symptom-simptom yang ditunjukkan oleh pesakit yang dijangkiti parasit mempunyai symptom yang sama dengan parasit lain seperti contohnya folikulitis reaksi alergi dan sebagainya.
Secondary infection boleh berlaku apabila seseorang pesakit itu menggaru. Jangkitan ini akan memberikan kesan yang lebih teruk seperti contohnya jangkitan impetigo. Jangkitan ini akan memberikan kesan seperti kulit akan menjadi merah dan melepuh. Selulitis juga berkemungkinan akan berlaku akibat daripada pembesaran nodular. Ia akan menjejaskan kulit tetapi akan melibatkan struktur kulit dalam. Ia juga dapat di lihat di tempat-tempat lain seperti muka.bahagian kulit yang terlibat akan menjadi panas, berwarna merah dan terasa sakit.
CADANGAN PENYELESAIAN
Tanda dan gejala awal infestasi kudis buta antaranya termasuklah dematitis, sifilis, reaksi alergi, dan lain-lain parasit luar seperti kutu dan lalat. Diagnosis umum dibuat dengan mengenal pasti punca yang mana selalunya sukar untuk ditemui dan dikenal pasti. Sekiranya punca yang dicari tidak ditemui di kawasan yang sepatutnya dan dijangkiti, permukaan luar kulit yang dijangkiti akan dijadikan sebagai bahan uji kaji melalui pemeriksaan fizikal. Kawasan-kawasan yang berpotensi untuk dijangkiti akan disapukan dengan dakwat daripada `fountain pen` atau sejenis cecair topikal tetracycline yang mana akan membentuk tanda-tanda pada kulit jika dibiarkan di bawah lampu khas. Permukaan kulit tersebut kemudiannya disapukan dengan pad alkohol. Jika seseorang itu dijangkiti dengan kudis buta atau lebih dikenali sebagai skabies, beberapa karakter atau bentuk akan kelihatan pada permukaan kulit seperti bentuk zigzag atau bentu S merentasi kulit.
Selepas beberapa tanda-tanda kelihatan, diagnosis akan dipastikan melalui ujian mikroskop pada permukaan kulit yang berkenaan yang akan diletakkan di atas slide menggunakan glycerol, minyak mineral ataupun minyak immersi dan kemudiannya ditutup menggunakan slip penutup. Adalah ditegah untuk menggunakan potassium hidroksida kerana ia akan menyebabkan dissolve fecal pellets. Diagnosis yang positif akan ditetapkan sekiranya mite, ova, atau oral fecal ditemui. Walaupun prosedur ini boleh dikatakan sebagai prosedur yang mudah, tetapi penemuan sebenar dalam kes kudis buta ini adalah sangat sukar. Kadangkala, diagnosis terbaik adalah melaui sejarah hidup, pemeriksaan fizikal dan respond pemberitahuan untuk mencari rawatan topikal yang efektif.
Antara diagnosis perbezaan bagi penyakit kudis buta ini ialah jerawat atau pimple. Ianya adalah Kemerah-merahan yang kadangkala berisi cecair di dalamnya atau Cecair yang menyerupai nanah. Selain itu ialah jangkitan kulit seperti impetigo. Ia adalah jangkitan bakteria yang biasanya terjadi di permukaan kulit. Ia mudah dan sering terjadi di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa. Ianya mula muncul sebagai lepuh kecil. Lama-kelamaan, ia akan menggelembung dan membentuk tompok-tompok basah yang kecil berwarna merah. Lepuh ini akan mengeluarkan cecair. Secara beransur-ansur, keruping yang berwarna kuning keperangan akan muncul meliputi kawasan yang dijangkiti. Ia seringkali terjadi di bahagian muka, terutamanya di antara bibir atas dan hidung, lengan, tangan, dan kaki.
Bukan itu sahaja , diagnosis perbezaan penyakit kudis buta yang lain adalah kegatalan. Pesakit telah pulih dari sebarang jangkitan penyakit kulit selepas rawatan selesai walaupun rasa gatal-gatal mungkin berlanjutan sehingga beberapa minggu. Rawatan untuk kegatalan mungkin diperlukan. Sapuan steroid boleh mengurangkan kegatalan dan keradangan. Kegatalan kulit yang teramat sangat, yang mana ianya lebih teruk diwaktu malam dan selepas mandi air panas. Selain itu ialah tanda-tanda calar kesan daripada garuan. Bintik merah – seperti ruam terutama dikawasan kedua-dua tapak tangan dan kaki, Garisan hitam beralun dan pendek pada kulit (tempat korekkan kutu), Kawasan-kawasan lain termasuk kawasan kemaluan, Punggung, Sekitar pusat, Celah-celah ketiak, Siku, Kaki dan buku lali.
Dari sudut perawatan penyakit scabie, ia seharuslah berdasarkan peringkat umur, tahap kesihatan pesakit, faktor ekzeme, potensi bagi toksisiti, harga dan kemampuan.Di barat, penggunaan ubat yang mampu bertindak balas dengan cepat dengan rawatan secara topical seperti Lidane amat di syorkan.Namun disebabkan ia mempunyai potensi tinggi yang akan menyebabkan neurotoksisiti maka secara keseluruhannya Lidane telah di keluarkan daripada pasaran terutamanya di Australia dan Eropah.Bagi kebanyakkan Negara – Negara yang kaya, penggunaan 5% Pemethrin sebagai rawatan topical amat meluas, di samping turut membelanjakan wang dalam jumlah yang banyak. Di sebabkan itu, keadah rawatan seperti ini tidak dapat dilaksanakan di Negara- Negara yang mempunyai tahap ekonomi yang rendah di mana banyak kes penyebaran yang berlaku secara endemic. Secara tidak langsung peratusan penyakit Scabei akan meningkat.
Mengikut kajian, rawatan secara topical dengan bahan yang aktif menjadi keutamaan sebagai salah satu rawatan efektif. Walaupun begitu, peratusan penggunaan oral Invermectin dilaporkan berlaku peningkatan. Malah, di Perancis, rawatan tersebut telah didaftarkan sebagai kaedah yang digunakan keatas pesakit Scabei. Bagi keadaan endemic,rawatan secara emprikal adalah lebih bersesuaian dan kos- effektif bebanding pendiagnosan daripada makmal. Walaubagaimnapun, penggunaan rawatan secara topical dan oral bergantung kepada kesesuaian individu tersebut. Terdapat program intervensi yang telah dijalankan di Panama,Brazil, Solomon Island dan peribumi northern Australia yang telah menunjukkan penurunan penyakit Scbaei dan penyakit kulit yang seruis. Program ini melibatkan penggunaan ubat 5% Permethrin secara topical dan oral Ivermectin sebagai rawatan.
Malangnya, apabila program ini di buat dalam komuniti yang penyebarannya berlaku secara endemic, telah wujud satu keadaan dimana berlaku tolerance dan resistance ubat malah langkah terbaru pencegahan juga perlu diwujudkan. Mengikut kajian yang di buat bagi mengkaji keberkesanan vitro acaricide telah menunjukkan berlaku peningkatan toleransi pada masyarakat pribumi di utara Australia antara Sarcoptes Scabei dengan 5% permethrin. Walaubagaimanapun, terdapat juga kes Scabei yang resistance telah di rekodkan dan berlaku sewaktu menggunakan invitro Ivermectin sebagai kaedah rawatan. Keadaan resistance yang berlaku seharusnya merangkumi kawasan yang non endemic, dimana pesakit telah mengalami symptom yang berterusan sehingga ke beberapa minggu walaupun telah menerima rawatan pemulihan. Ini telah membuktikan keberkesanan sesuatu ubat adalah bergantung kepada beberapa faktor luar yang sebenarnya memainkan peranan dalam tindak balas ubat seperti gaya hidup dan keadaan sekeliling. Antara jenis ubatan yang digunakan secara topical adalah :
1. 5% Permethrin: merupakan ubatan yang mempunyai kesan toksisiti seakan- akan berlaku tindak balas seperti alahan. Ia haruslah disapu pada permukaan kulit sebelum tidur dan perlu dibiarkan selama 8- 14 jam. Kemudian, perlu dibilas pada sebelah pagi serta perlu berterusan sehingga kegatalan dan kemerahan pada kulit hilang.
2. Eurax( USP Crotamiton) : tidak berindak balas untuk merawat scabei tetapi mampu menghilangkan rasa gatal pada kulit.
3. Lindane (Wellada) : di gunakan kepada pesakit yang mengalami kontraindikasi terhadap Permethrin.
4. 10% sulfur ointment: Terdapat pada petroleum jelly yang digunakan secara topical dan sangat effektif. Boleh didapati pada harga yang berpatutan dan mudah diperolehi. Penggunaannya merangkuni wanita yang hamil dan infant yang berusia bawah 2 bulan.
5. Neem oil: Merupakan rawatan yang efektif dan telah dibuktikan melalui kajian saringan yang dilakukan secara saintifik. Ia turut sesuai digunkan pada pesakit yang mengalami allergic kepada Permethrin. Ia turut akan menyebabkan sedikit kegatalan. Sarcoptes Scabei masih belum menunjukkan kesan resistant terhadap ubatan ini secara tidak langsung ini telah membuktikan neem oil antara ubatan yang effektif untuk digunakan.
6. Tea Tree Oil : Pengunaan sebanyak 5% adalah partikular efektif. Mengikut kajian tea tree oil adalah perubatan komersial yang efektif dalam membunuh kutu Scabei terutama dalam keadaan invitro.
7. Rawatan secara oral : Kaedah ini melibatkan penggunaan Ivermecthin yang dilaporkan penggunaan sebanyak satu dos mampu merawat Scabei tetapi terdapat dos lain yang diperlukan selepas 2 minggu untuk penghapusan kutu secara keseluruhan. Tambahan pula Ivermecthin turut digunakan dalam menghapuskan parasit pada manusia dan haiwan. Namun terdapat kesan sampingan yang akan belaku sebagai contoh ; nausea, muntah, kesakitan pada bahagian abdomen, myalgia / antralgia.
Dalam mengasilkan acaricides (agent yang digunakan untuk merawat kutu) supaya lebih efisyen dan berkesan, minyak asas seperti Terpenoides yang merupakan primary active component telah digunakan. Hasil yang menggalakkan daripada kajian vitro dan ‘field’ mendapati penggunaan 5% tea tree oil yang di serap daripada pokok Melalueca alternifolia, 20% minyak lippia yang diserap daripada Lippia multiflora Moldenke, bahan pelekat dibuat daripada neem( Azadirechta Indica ADR) dan kunyit (curcuma longa), minyak camphor (Eucalyptus globules) dan terdapat juga pengunaan minyak kelapa dan jojoba merupakan antara bahan yang terbaik. Lazinmya, rejim yang digunakan dalam melaksanakan rawatan bagi kanak- kanak melibatkan 5-10%.Sehubungan dengan itu, rawatan secara efektif dan penggunaan peralatan yang spesifik serta sensitive amat penting bagi mengesan serangan klinikal dan subklinikal. Oleh itu, ia mampu meredakan atau memulihkan jangkitan scabie yang berlaku secara epidemic.
Bagi pesakit yang menghidap crusted scabei, telah dibuktikan amat penting bagi mereka untuk menerima rawatan daripada terapi kombinasi secara topical dan ubatan oral Ivermectin. Manakala, bagi severe crusted scabei, rawatan yang perlu mereka terima haruslah adalah 7 dos oral Ivermectin untuk memastikan keberkesanan rawatan di samping menghapuskan kutu Sarcoptes Scabiei.
RUMUSAN
Scabies adalah sejenis penyakit yang semakin menular di dunia sekarang ini. Penyakit ini adalah satu masalah besar bagi kesihatan komuniti terutamanya kepada negara yang baru membangun kerana penyakit ini sangat berkaitan dengan masalah sosioekonomi. Scabies terjadi disebabkan oleh parasit Sarcoptes scabiei menjangkiti serta membiak di bawah kulit pesakit. Terdapat beberapa ciri-ciri klinikal yang menunjukkan seseorang itu telah di jangkiti oleh Sarcoptes scabiei. Antaranya ialah gatal, terdapat lesi pada kulit serta ruam. Jangkitan parasit ini juga boleh menyebabkan berlakunya secondary infection seperti pyoderma, septicemia dan juga poststreptococcal glomerulonephritis.Walaupun diagnosa jangkitan parasit ini boleh di kenal pasti, namun jangkitan pertama yang berlaku mengambil masa selama 4 hingga 6 minggu bermula daripada kemunculan bintik-bintik merah pada kulit pesakit tersebut. Jangkitan pada manusia mempunyai symptom yang sama dengan masalah-masalah kulit yang lain seperti campak, ruam dan alahan menyebabkan masa pengdiagnosan menjadi lama serta 50% keputusan diagnosa itu menjadi tidak tepat.
Rawatan yang dijalankan untuk peringkat awal adalah merupakan rawatan yang murah, mudah, sensitif serta kajian yang tertumpu kepada rutin diagnosis parasit tersebut. Seterusnya kajian akan di buat keatas antigen parasit Sarcoptes scabiei akan di jalankan untuk mengkaji ubatan yang sesuai yang boleh di berikan kepada pesakit yang telah di jangkiti parasit ini. Rawatan ini hanya tertumpu kepada proses pengawalan pembiakkan parasit ini supaya ia tidak menjadi resistance.Selain itu, pelbagai langkah pencegahan yang boleh di ambil supaya seseorang itu tidak dijangkiti oleh parasit ini. Antaranya ialah, menjalankan gaya hidup sihat dengan mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran. Jaga kebersihan kuku serta pastikan kuku berada dalam keadaan pendek. Seterusnya, elakkan daripada berkongsi barangan seperti tuala, baju ataupun selimut daripada individu yang telah dijangkiti oleh parasit ini.
No comments:
Post a Comment