Assalamaulaikum
semalam saya terlibat dengan kemalangan jalanraya.
saya reverse kereta n terkena belakang kereta pakcik tu wira lame yg warna putih.
kenape terkena? sebb dia parking kat tempat yang tak boleh parking.
so salah siapa? haha..dua-dua la salah..
saya kurang berhati-hati dan pakcik tu tak ikut peraturan.
betapa pentingnyakan patuh peraturan jalanraya ni.
sebab nyawa tiada galang gantinya!
lepas dah langgar, saya tengok tak de orang pon kat situ
and saya pun terus drive g bengkel.
kereta saya kemek sikit je..tapi sedih jugak la :(
tak lama kemudia datanglah sepasang suami isteri pak cik dan makcik
terjerit-jerit depan rumah saya lantas ibu saya buka pintu
" siapa bawak kereta ni tadi" jerit perempuan tua itu tanpa adab sebagai tetamu.
"anak saya, kenapa ye" soal ibu saya.
"dia langgar orang ade die bagitahu awak" soal makcik tadi dengan terjerit-jerit tak ubah seperti ...
"ade..sekejap saya panggil anak saya " jawab ibu saya.
apabila saya keluar rumah saya terdengar mak cik tu kata
"kita tunggu dia keluar! siaplah die"
aku pun keluar rumah dengan tersenyum. sama seperti bila nak clerk kes
kat casualty..ade ape makcik soalku.
"kenapa kereta awak kemek ni " jerit mak cik tua itu tanpa segan silu.
"saya terlanggar kereta orang tadi" jawabku sambil tersenyum.
"dah sejam kami cari rumah awak ni tau tak, kami dah buat report sekarang awak bayarlah"
jerit mak cik tadi.
"oyeke..dah buat report, kalau macam tu tak pelah kalau dah buat report saya tak nak bayar
saya pun nak buat report awak parking tempat yang salah" balasku.
"eh tak delah kita tak buat report pun cuma mintak
alamat awak kat polis tadi " pak cik tadi tiba-tiba mencelah.
aku tak menghiraukan jeritan mereka berdua kerana bagiku jeritan itu
tak mampu selesaikan apa-apa.
aku terus bergegas ke kereta pak cik tadi. aku dapati
bumper tercabut & lampu kanan pecah.
"kuat jugak kereta tenggiling aku ni " gumamku sendirian dalam hati.
" tak pelah mak cik , saya dah langgar so saya bayarlah" aku meneruskan kata-kata
dihadapan pak cik & makcik yang tidak beradap tu.
" kenapa awk dah langgar lepastu lari " soal mak cik tu.
jawapan ku ringkas " kalau anak perempuan mak cik terlanggar kereta
orang yang parking merata tempat, mak cik nak suruh die tunggu pemilik
kereta tu sehingga pemilik kereta tu sampai, atau sehingga dia dirogol
jika pemilik kereta tersebut adalah samseng"
mak cik tadi terdiam. kesabaranku tercabar dek sikap
yang tak bertamadun oleh orang tua yang umur dah lebih separuh abad.
aku pun menulis nama penuh, alamat dan nombor telefon dan menyerahkan
kertas tersebut kepada mak cik tu. dan aku minta nama mereka berdua,
alamat serta nombor telefon mereka. yang menghairankan aku
mak cik tu tak nak bagi nama suami dia. erm..nilah orang yang kalau
tak ikhlas dalam berurusan. ada sahaja perkara yang akan mengkantaikan mereka.
kesian..
selepas aku bertegas mak cik tu pun bagi nama suami dia. dia mempersalahkan aku
kerana langgar kereta dia menyebabkan dia lambat balik dan rumah nya sangat jauh.
"kat mana rumah mak cik ni" soalku tegas
" kat.............." jawab mak cik tu..
"oyeke..saya duk situ lebih 10 tahun makcik..tak sampai 2 jam pun tadi
mak cik kata dua jam..jangan nak tipu saya" tegasku. semakin lama mereka mencabar
kesabaranku. nilah manusia..apabila kita berlembut dan ingin mempermudahkan urusan mereka,
mereka nak ambil kesempatan pula. masyaAllah.. mak cik tadi terdiam. akhirnya setelah berceloteh panjang,
rupanya dia adalah kawan ayah aku. erm..dunia ni kecik je. kat dunia kita jiran kat akhirat kita
bersaudara. tak perlu menipu nanti Allah tarik nikmat baru tahu! ingat tu!!
kata sepakat telah diambil, mereka kaan kol aku bila nak baiki kereta
and kitorang akan sama-sama pergi ke bengkel. Alhamdulillah aku dapat memudahkan urusan mereka, bisik hati kecilku. tapi panas yang kusangkan sampai esok pagi rupanya mendung
dah berarak lagi. pak cik tadi yang janji nak balik rumah
and nak kol bila nak baiki tak tepati janji. ingat ye ciri-ciri orang
munafik ialah orang yang x tepati janji! ingt tu!!
pak cik n mak cik tu datang bawak resit nak mintak sy bayar 430.
saya terkejut sebb
1) tadi janji nak kol tapi xkol pon tau2 je da siap
2) tadi janji nak balik dulu lain kali dtg baiki
3) dia kata 430 skali cat tapi x cat pon terang-terang nampak kaler hitam
bukan putih. saya tak rabun warna yea!
4) dia kata pulak tadi kol tp sy x jawab. erm..fon sentiasa
kat tangan saya.. x berbunyi pon..miskol pon xde. kene tipu lg sy ni
5) dia kata tadi mak cik ajak awk yg xnak pergi bengkel. bila masa?!
saya ditipu lg.
b4 mak cik tu dtg sy dah kol 3 bengkel kat tempat saya kerja
n dorang setuju bg harga murah..
paling mahal pon 300.
kalau 400 tu ko dah kne tipu kata salah sorg
pekerja bengkel yg sy knal tu.
dan dia kata lg pakcik tu x perlu pon tukar sume bumper
yg perlu hanyalah skru balik yg harga 50 sen satu.
skru je sebb bumper tu ori lg.
erm x pelah dah takdir ditemukan dengan orang macam ni. ambik ikhtibar
taw. jangan jadikan menipu tu satu amalan harian.
masa saya keluar rumah saya letak 400 dalam poket sebb niat
nak bagi kat mak cik & pak cik tu..
tapi alhamdulillah Allah selamatkan duit sy dari penipu.
apabila sy paksa pakcik tu ambik 100 dia xnak.
last sy kata kalau tak nak tak pe..last2 dia ambik jugak.
saya sampaikan cerita ni pada ayah saya.
ayah saya kata ok nanti ayh saya tolong.
rupanya orang tu kat kampung memang suka tipu. nilah
org kampung dia kata. bukan nak mengumpat tapi ingat bila sekali kita
buat salah org akan label kita sebagai contoh penipu.
klu kita buat baik jarang orang nampak kan??
apabila ayah saya minta kawan ayah iaitu jiran pakcik tu utk
tgokkan ape yg berlaku..akhirnya semuanya selesai.
ayah saya kol dia..last2 jadi jejak kasih pulak..
kawan lame jumpe balik..walaupun x rapat pon.
tula kan dah kate kita ni bersaudara jangan sombong nanti
tak de orang nak tolong!
akhirnya diceritakan oleh ayah saya, pak cik tu kata xpe la x payah bayar..sikit je.
kalau benar 430 tu fee yg dia kne bayar kat bengkel, pasti
dia akan marah sebb sy bayar seratus je, pasti dia akan pertahankan
kebenaran. kebenaran ni boleh nampak la dalam mata seseorang tu.
x percaya? cubalah!
kesimpulannya memang saya dah survey merata bengkel harga nya adalah
80 ringgit sahaja. paling kene tipu dengan tauke pon 300 je..xde harge 80 dorg tipu sampai 430.
nampaknye tak de rezeki pak cik tu dengan 400 saya.
dia hanya dapat 100 sahaja!
jangan menipu sangat
nanti Allah tarik nikmat
menyesal dah lambat
balasan mennti kat akhirat
walaupun personally sy stress..kereta baru dah kemek, calar
tapi yang penting bak kata Prof Muhaya
celik hati reset minda.
delete segala negative yang ada!
saya redha dengan ketentuan Allah
inilah takdir saya
mereka pelaksana takdir saya.
Terima kasih Allah atas peringatan ini.
~~~~~~~~~~~~~~~~~
berikut adalah hikmah post MVA
awak yang dimaksudkan adalah pak cik dan mak cik tadi:
1) awak kne bersyukur sbb sy langgar kreta awk sikit je. nasib awk baik kreta awk x relai. lain kali parking ikut peraturan. kreta awk bukan kreta kebal. tu la balasan x nak ikot peraturan. x miskin pon kan kalau patuh pada rules.
2) kita adalah pelaksana takdir seseorang. awk kne percaya pada takdir yang memang telah ditentukan. jangan salahkan takdir. dah memang ditakdirkan saya akan langgar kereta awk hari tersebut. bukan banyak pun sikit je kan.. tak de kematian berlaku pun. Bersyukurlah wahai hamba Allah. mungkin kalau bukan saya pun org lain yg akan langgar awk. nilah Qada & Qadar.
3) awk kene bersyukur nyawa awak masih selamat. mungkin tuhan ade balas balik kesalahan yang awk ade buat dulu-dulu. mane kita tahu kan. kita manusia biase je.
4) awak kne bersyukur dilanggar oleh orang macam saya yang sanggup bayar walaupun saya tahu resit bengkel awak tipu dan balai polis kate awk tipu je kate awk dah report.
5) awk kena bersyukur saya tak ambil tindakan undang-undang & saman malu sebab awk buat kecoh dalam kawasan saya.
6) awk kena bersyukur yang langgar awk ni pompuan yang lembut (walaupun tak lembut sebenarnye..haha) & hormat awk sebagai orang tua walaupun awk banyak tipu saya. kalau la sy ni gengster awk pon x brani mintak 430 ..tah-tah mintak 40 ringgit je..
7) macamna saya tahu awk tipu saya? haha..saya adalah jiran sekampung awk & saya dah dapat maklum balas dari orang kampung awk. Awk je x kenal sya..mentang2 saya nampak lembut..awk ingat boleh la kenekan saya dan mak saya? kami doakan kesejahteraan awk ye. niat awk penentu hasilnya.
8) awk sangat rugi sebab saya dah stanby 400 dalam poket nak bagi awk tapi awak kate awk cat kat kedai kena 400..bila datang rumah..kete awk x cat pun..masih warna hitam..sudah-sudahlah menipunye pak cik oi...
selamat duit 400 saya daripada penipu macam awk. Allah dah bantu saya.
9) jangan menyesal dengan apa yang pernah berlaku walaupun kita sedih tapi sebenarnya tuhan dah tetapkan sesuatu untuk kita. Redha je kan lagi bagus. menyesal dengan ketentuan Allah sama je macam awk salahkan takdir.
10) Mungkin harini awak dilanggar oleh saya yang baik hati ni..mungkin akan datang awk akan dilanggar oleh orang lelaki yang lebih jahat & ganas..awk patut bersyukur dan banyakkan doa kepada Allah. (tak doakan perkara buruk untuk awk tapi peringatan sahaja).
11) tanamkan sifat empaty. maksudnya pak cik tu cube bayangkan kalau anak perempuan die kat tempat saya. done.
hanya peringatan untuk diri sendiri dan pengajaran kepada orang lain. Jangan menipu dalam hidup kita ni nanti ade nikmat yang Allah tarik seperti nikmat kesihatan (kalau awk sakit sy lah pen.peg. perubatan kat kampung awk tu awk je tak tahu), nikmat kebahagiaan, dan lain-lain. tiada kena-mengena dengan yang hidup atau telah meninggal dunia. Bila Allah turunkan ujian tu maknanya Dia nak kita lebih dekat dengan dia.
Kisah yang diceritakan berlaku di Planet Pluto bukan di Malaysia.. ambil pengajaran sahaja ya! thanx yaw ♥ — at Planet PLuto.