Assalamualaikum.
salam ramadhan semua. sedar tak sedar hari ni dah hari ke 11 ramadhan. tak lama lagi kita akan berpisah dengan ramadhan dan bertamu pula syawal yang indah. adakah ramadhan ini merupakan ramadhan terakhir untuk kita? sama-samalah kita muhasabah diri ^_^. hari ni aisyah nak kongsikan sedikit sebanyak mengenai hand bouquet. hand bouquet atau bunga tangan dalam bahasa melayunya merupakan bunga yang biasa dipegang oleh pengantin pada majlis-majlis perkahwinan mahupun majlis-malis berkaitan. Aisyah sangat tak sangka akhirnya Allah makbulkan lagi satu doa aisyah untuk bertemu dengan akak sekoci norlie. mungkin kalau penggemar felt craft agak familiar dengan nama tu kan.
alhamdulillah pada bulan lepas sebelum puasa aisyah telah daftar untuk menjadi pelajar akak norlie. akak norlie adakan kelas membuat bunga tangan yang bertempat di shah alam. benarlah kata orang nak menuntut ilmu ni perlukan pengorbanan. nampak simple tapi hati kene kuat. memandangkan aisyah bertugas di hospital jengka dan terikat dengan jadual kerja shift dan on call, tak semua cuti akan diluluskan. alhamdulillah aisyah dapat cuti untuk ke kelas kak norlie. aisyah pun plan nak upah driver hospital hantarkan sebab dah try search kat maps stesen KTM pling dekat adalah di bukit badak tu pon masih jaun lagi dari taman kencana indah. alhamdulillah one of driver hospital sanggup nak hantarkan and aisyah bayar upah kat die untuk drive kreta aisyah. (aisyah tak pandai sangat nak bawak kereta area shah alam & KL :( )
hampir beberapa hari sebelum kelas, driver td bagitahu dia tak dapat nak hantarkan sebab nak ambik anak dia balik dari asrama. subahanallah mase tu sedih sangat sebab dah tak dapat nak pegi kelas kak norlie. tak pe setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Allah suka orang-orang yang berusaha & bertawakal kepada Nya. nak ditakdirkan aisyah tinggal dengan housmate Dr. Fiza yang sama tempat kerja n my housmate rumah dia kat shah alam. Allah bagi rezeki lagi apabila dr.fiza ajak tinggal kat rumah dia n ayah dia akan hantarkan. masa tu sangat gembira dan bersyukur pada Allah. tibalah pada 22 jun habis je kerja shift pukul 2 trus naek bas ke shah alam dr.fiza akan ambil kat shah alam. pada mulanya rase macam batuk n selsema. ubat pula lupa nak ambik kat hospital tadi. pasrah jela minum air masak banyak-banyak. sepanjang dalam bas selama 4 jam tu rasa sangat tak larat. berserah je pada Allah harap berikan kesihatan. pada malam tu bermalam di rumah keluarga dr.fiza and malam tu demam makin teruk + batuk + selsema. sangat tak selesa. segan sangat masa tu sebab pergi rumah orang pas tu tak sihat. kakak kepada dr.fiza bawak kan ubat tuk aisyah kat bilik sebab tak larat dah mase tu. dalam hati kuatkanlah aku untuk menghadapi ujianMu ya Allah.
alhamdulillah keesokan harinya 23 jun hari kelas dengan kak norlie batuk dah kurang tapi demam dengan selsema masih menghantui. pagi tu famly dr. fiza hantarkan. jenuh jugak nak cari alamat tu akhirnya jumpa jugak. bersyukur sangat Allah makbulkan doa aisyah. nilah antara moment yang dapat dirakamkan di kelas kak Norlie.
kitorang 5 orang je student mase tu..
muke orang demam dengan mata dah bengkak ^_^
classmate yang sporting. walaupun sekejap berjumpa harap ikatan silaturrahim
yang terbina akan berkekalan ke jannah.
nilah suasana kelas yang sangat tenang.
sesi potong memotong gune kan mesin bigshot.
hampir siap 99%.
one of my classmate ^_^
nampak x tangan sape yang comel tu..hehe
five of them.
sesi bergambar..
posing skit kat rak kain felt kak norlie.
my classmate ^_^
my classmate.
sangat gembira di sini.
classmate ^_^
ok kene diet ni. aisyah makin banyak ternak lemak..huhu
smile ^______^
kenal x sape ni?.. ni la owner miezcraft. namizam. happy sgt sebab
boleh jumpe 2 crafter terkenal harini ^_____^
dah selesai semua kita makan-makan sebelom balik. sedap taw.
pengajian tamat ^_______________^
alhamdulillah berakhirlah kelas bunga tangan & boleh balik dah. kali ni Allah nak uji lagi..rashing balik dari umah kraf kak norlie dalam pukul 4 lebih n sampai kat KTM klang. dalam hati berdoa agar tiket balik jengka masih ada sebab esok kerja & on call. mase tu dengan dr.fiza berjalan laju-laju kat KL sentral sebab nak sampai cepat kat stesen pekeliling atau lebih dikenali dengan nama Titiwangsa. sesampai je kat sana. tiket sold out. waaa..takotnye mase tu. jam dah nak pukol 7 lebih dah nak gelap. akhirnya setelah bincang ngan dr.fiza kami bermalam kat hotel Vistana yang bersebelahan dengan stesen bas tersebut. demam masih tak kebah lagi. check in kat hotel n pergi beli ubat kat kedai bawah. malam tu kawan sekerja tolong dapatkan MC untuk esok memandangkan stuck kat KL & masih demam. alhamdulillah....dalam kesusahan Allah permudahkan urusan. sebab aisyah ni jenis sush nak ambik MC kalau selagi larat berjalan akan pergi kerja jugak. mungkin tulah hikmahnye.
jangan pernah menyalahka takdir dengan apa yang berlaku mungkin itu terbaik buat kita. terkandung hikmah disebaliknya. apa yang menguatkan saya untuk pergi jugak ke shah alam walaupun saya tak sihat dan tak larat ialah hati saya. saya baru sahaja kehilangan cinta yang mengajar saya jodoh di tangan tuhan. dalam pada diselubungi airmata dan kesedihan setiap hari saya berdoa dan berkat nasihat rakan-rakan saya bangkit dari kesedihan dan redha dengan ketentuan Allah. sejak kehilangan cinta banyak rezeki yang datang pada saya. mungkin Allah nak tunjukkan dia bukan jodoh saya. kata-kata kawan saya buatkan saya terfikir
"dia merupakan lelaki yang paling rugi kerana meninggalkan perempuan yang setia pada dia demi seorang perempuan yang dia baru kenal yang belum tentu perempuan itu akan setia pada dia"
" aisyah, serahkan jodoh awak pada Allah, Allah pasti tidak mengecewakan awak, awak persiapkan diri kepada kebaikan keran ingat janji Allah perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Allah sedang nak uji awak aisyah"
akhirnya i did it. janji Allah itu pasti.
salam sayang dari:
aisyah creative studio