PENGENALAN
Bidang ortopedik merupakan satu cabang bidang yang melibatkan bidang pembedahan yang melibatkan system musculoskeletal. Pakar bedah ortopedik menggunakan kedua-dua perkara iaitu pembedahan dan bukan pembedahan untuk merawat kes-kes yang melibatkan trauma musculoskeletal, kecederaan sukan, jangkitan, tumors dan masalah congenital. Nicholas Andry (1741) seorang french physician telah mewujudkan perkataan ortopediks yang diambil daripada perkataan dari Greek, orthos yang bermaksud membetulkan atau meluruskan dan paideion yang membawa maksud kanak-kanak. Pada tahun 1741 beliau telah menerbitkan buku beliau yang bertajuk Orthopaedia: or the Art of Correcting and Preventing Deformities in Children . Di United States dan Kanada orthopedics digunakan secara meluas selepas diperkenalkan oleh Andry. Bukan itu sahaja, sejarah perubatan diteruskan lagi dengan kaedah yang diperkenalkan oleh Antonius Mathysen. Beliau merupakan seorang pakar bedah tentera yang telah memperkenalkan Plaster of Paris cast pada tahun 1851.
Banyak kemajuan dalam bidang pembedahan ortopedik adalah hasil daripada pengalaman semasa berlakunya peperangan. Sebagai contoh, traction dan splinting dicipta semasa perang dunia pertama. Intramedullary rods digunakan untuk merawat kepatahan pada tulang tibia dan fibula yang diilhamkan oleh Gerhard Kuntscher dari Germany. Semasa berlakunya perang Vietnam, Gavril Abramovich Ilizarov telah dihantar ke Vietnam untuk merawat tentera-tentera Russia di Siberia pada tahun 1950 yang cedera semasa peperangan dan beliau tiada sebarang latihan dalam bidang ortopedik. Dalam keadaan kekurangan alatan, beliau menerima pelbagai keadaan kesakitan seperti jangkitan pada luka , kepatahan malignan dan sebagainya. Dengan bantuan sebuah kedai basikal tempatan beliau telah menyambungkan external fixators dan juga menghasilkan Illizarov yang digunakan sehingga hari ini.
Secara anatominya di dalam badan manusia terdapat 206 tulang yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu axial skeleton mempunyai 80 tulang dan appendicular skeleton yang mempunyai 126 tulang. Tulang-tulang tersebut kemudiannya dibahagikan kepada lima jenis iaitu tulang panjang, tulang pendek, tulang flat, tulang berbagai bentuk, dan tulang sesamoid. Kepatahan tulang boleh didefinisikan sebagai renggang, retak atau patah pada sambungan tulang akibat daripada kecederaan, tekanan dan fungsi patologikal. Tulang yang patah mengambil masa untuk sembuh kepada keadaan sedia kala dan kadar masa yang diambil adalah berbeza mengikut umur dan jantina seseorang. Sebagai contoh, kanak-kanak mempunyai kadar penyembuhan tulang yang lebih cepat berbanding orang dewasa kerana kanak-kanak yang masih membesar dan sentisa menghasilkan nutrien yang diperlukan oleh tulang yang juga disebut sebagai remodeling power. Bagi orang dewasa remodeling powernya adalah kurang kerana faktor umur yang lanjut. Selain itu, orang dewasa yang mengalami kepatahan anggota atas mengambil masa selama 6 minggu untuk sembuh dan kepatahan anggota bawah mengambil masa selama 12 minggu untuk sembuh. Manakala kanak-kanak, kepatahan anggota bawah mengmbil masa hanya enam minggu untuk sembuh berbanding dengan orang dewasa yang memerlukan 12 minggu. Antara tanda-tanda tulang yang mengalami kepatahan ialah pesakit mengadu sakit di bahagian tersebut, kurang menggerakkan anggota tersebut, kekakuan sendi, kecederaan saraf, dislocated, lebam, hematoma, bengkak dan tender serta diformiti.
Terdapat lima peringkat penyembuhan tulang yang patah iaitu peringkat hematoma, peringkat inflammation and cellular proliferation, peringkat pembentukan callus, peringkat consolidation dan peringkat remodeling. Pada peringkat hematoma tisu-tisu yang rosak akan menyebabkan berlakunya pendarahan pada bahagian yang patah kemudian peringkat inflammation dan cellular proliferation. Pada peringkat seterusnya ini, dalam masa lapan jam pembentukan sel-sel baru akan berlaku di periosteum dan medullary kanal dan akhirnya kapilari baru akan terbentuk di kawasan itu. Pada peringkat ketiga iaitu peringkat callus, pada peringkat ini sel-sel akan bertukat kepada osteoblasts dan osteoclasts. Tulang yang telah mati akan dibuang dan tulang baru iaitu callus akan kelihatan pada tempat kepatahan. Peringkat keempat iaitu peringkat konsolidasi yang mana pada peringkat ini tulang baru tumbuh bersama callus tadi akan digantikan kepada tulang lamellar dan pada peringkat terakhir iaitu peringkat remodeling yang mana pada peringkat ini akan berlaku proses di mana tulang akan membentuk kepada tulang asal.
Terdapat empat klasifikasi kepatahan iaitu complete fracture, incomplete fracture, open fracture dan closed fracture. Bagi complete fracture membawa maksud kepatahan lengkap dan kepatahan adalah melibatkan pemutusan tulang serta tidak bersambung walau sedikit pun manakala incomplete fracture ialah kepatahan yang tidak lengkap di mana walaupun tulang tersebut patah tetapi masih ada penyambungannya serta tidak patah secara menyeluruh. Open fracture pula ialah kepatahan yang dapat kita lihat seperti adanya tulang patah yang terkeluar ke kawasan kulit dan berlakunya pendarahan manakala closed faracture pula ialah kepatahan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar di kawasan kulit tetapi dilihat melalui xray.
Terdapat pelbagai bentuk dan jenis kepatahan yang sering terjadi. Antaranya termasuklah transverse farcture, oblique fracture, spiral franture, comminuted fracture, segmental fracture, hairline fracture, impacted fracture, compression fracture, avulsion fracture, depression fracture dan complicated fracture. Selain itu, terdapat juga basis deformity dan kawasan kepatahan antaranya ialah displacement, angulation, axial rotation, over ridding, distraction dan impaction.
PENYATAAN MASALAH
Kemalangan jalan raya antara masalah utama di Malaysia. Hampir 6,000 kematian disebabkan oleh kemalangan yang menyebabkan kerugian lebih RM6 bilion dilaporkan setiap tahun. Mengikut kajian dan pemerhatian Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis Diraja Malaysia, 95 peratus kemalangan jalan raya di negara ini disebabkan kecuaian pemandu. Mengikut perangkaan Kementerian Pengangkutan, jumlah kemalangan jalan raya di seluruh negara didapati meningkat iaitu sebanyak 250,429 kes pada 2000, diikuti 265,175 kes (2001) dan 275,111kes (2002) dan bilangan ini terus meningkat sehingga tahun 2010. Dengan berlakunya peningkatan drastik seperti ini bilangan pesakit yang mengalami kecederaan termasuk kepatahan tulang turut meningkat seperti kepatahan tulang tibia. Kerajaan turut membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk menampung kos perubatan.
Sepanjang menjalani latihan praktikal di Klinik Pakar Ortopedik Hospital Tuanku Jaafar Seremban, kebanyakkan pelatih masih kurang mengetahui bagaimana untuk menginterpretasikan xray dan mendiagnosakan seseorang pesakit. Pelatih juga kurang cekap dalam menentukan rawatan yang sesuatu bagi satu-satu jenis kepatahan khususnya kepatahan radius. Kebanyakkan pesakit yang ditemui mengakui bahawa mereka kurang mengetahui cara penjagaan POP dan backslab sehinggalah diberitahu oleh perawat.
Sepanjang dua minggu berada di Klinik Ortopedik, dapat diperhatikan bahawa setiap hari purata kes kepatahan tulang radius adalah 8 hingga 10 kes sehari. Ini bermakna jumlah pesakit yang mengalami kepatah radius sahaja tidak kurang daripada 40 kes dan berkemungkinan boleh melebihi 50 kes setiap minggu. Adakah bilangan ini akan terus meningkat ataupun sebaliknya?
Antara masalah lain yang berlaku sepanjang bertugas di Klinik Ortopedik ialah pesakit perlu menunggu 15 hingga 45 minit untuk dirawat di bilik plaster. Ini adalah disebabkan oleh bilangan pesakit yang ramai. Kakitangan yang bertugas adalah mencukupi iaitu seramai seorang Penolong Pegawai Perubatan U36, seorang Penolong Pegawai Perubatan U32, 5 orang Penolong Pegawai perubatan dan 4 orang Penolong Perawatan Kesihatan. Walaupun bilangan perawat yang ramai masih tidak mampu mengatasi masalh menunggu yang agak lama berikutan pertambahan pesakit yang sangat banyak setiap hari.
Berdasarkan masalah-masalah yang berlaku inilah menyebabkan saya telah memilih tajuk kepatahan tulang radius sebagai tajuk case study memandangkan kes ini merupakan kes yang mempunyai bilangan tertinggi setiap hari.
PENCARIAN LITERATURE
Rosentral (1984 ) Kecederaan muskuloskeletal terjadi lebih 85 peratus orang yang mengalami kecederaan multiple trauma dan tangan merupakan satu organ yang amat istimewa dan fungsinya amat banyak dari fungsi kecil ke fungsi yang besar.
Malcolm (1984 ) Pencegahan kecederaan ini boleh menyelamatkan nyawa dan mengurangkan kecacatan .Semua lapisan umur perlu diberikan pengetahuan tentang pencegahan kecederaan . Tindakan kejururawatan yang cepat dan tepat adalah penting dalam mencapai penyembuhan secara optima tanpa berlakunya komplikasi dalam pengurusan kepatahan ini.
Sarmiento (1930) Telah memperkenalkan teknik cast dan slab yang berperanan untuk memberi sokongan kepada tisu-tisu lembut dalam keadaan yang kemas dan kuat. Apabila cast ataupun slab telah dipasang, akan terhasil tekanan hidrolik antara cast dan slab dan akhirnya akan mamperbetulkan alignment kepatahan sesuatu tulang.
20 tahun selepas itu, seorang saintis dari Rusia telah mencipta alat yang juga untuk mengimmobilisasikan tulang yang patah. Teknik Illizarov telah dicipta telah menerangkan berkenaan dengan tekanan yang akan membantu immobilisasi dan bagaimana tisu-tisu baru yang terhasil pada penghujung tulang. Gavril A. Illizarov (1950).
B.B. Joshi (1950) telah mencipta sistem penstabilan atau immobilisasi yang dipasangkan pada luar badan pesakit. Beliau merupakan seorang pakar bedah ortopedik yang berbangsa India. Kaedah ini boleh diaplikasikan untuk merawat deformiti dan trauma pada tangan mahupun kaki.
PENEMUAN/PROSEDUR/RAWATAN
Aduan Utama : Sakit di bahagian pergelangan tangan kiri x 1/7 (pada hari ini)
a) Sharp pain x 1/7
b) Numbness pada lengan x 1/7
c) Selepas dilanggar lori
Sejarah Penyakit Kini :
a) Pesakit sedang menunggang motosikal dan kemudian dilanggar ileh lori dari bahagian belakang.
b) Apabila pesakit tersedar beliau sudah berada di hospital.
c) Pesakit hanya mengalami kesakitan tangan bahagian kiri dan luka-luka ringan.
d) Tiada backpain.
e) Tiada nausea dan muntah.
f) Tidak mengalami kesukaran bernafas.
g) Tiada Tachypnia.
h) Pesakit sedar, stabil dan orientasi kepada masa, orang dan tempat.
i) BO dan PU normal.
Sejarah Penyakit Lalu (Termasuk Alahan Ubatan ):
a) Pesakit tiada sebarang penyakit yang serius seperti mengalami penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.
b) Tidak pernah menjalani sebarang pembedahan.
c) Tiada alahan kepada ubat-ubatan dan tidak pernah mengambil ubatan tradisional.
d) Pesakit tiada sejarah kemasukan ke hospital dan ini adalah kali pertama bagi pesakit.
e) Pesakit juga tidak mengalami masalah dalam psikologi seperti skizofrenia.
f) Pesakit tiada alahan pada makanan seperti makanan laut.
Sejarah Keluarga :
a) Pesakit merupakan anak ketiga dalam 5 adik beradik.Ibu dan bapanya tidak mempunyai penyakit darah tinggi dan diabetis. Ahli keluarga yang lain tidak mempunyai masalah kesihatan yang serius.
b) Pesakit tidak berkerja.
c) Sudah berkawin dan mempunyai 3 orang anak dan sewaktu melahirkan ketiga-tiga anaknya beliau melahirkan dengan cara normal dan bukan pembedahan.
Sejarah Sosial :
a) Pesakit tidak merokok dan tidak mengambil minuma keras.
b) Pesakit tinggal bersama suaminya dan anak ketiganya.
Sejarah O&G : NIL
Tanda-tanda Vital :
a) Suhu badan : 37 darjah celcius
b) Kadar pernafasan: 22 seminit
c) Tekanan darah: 151/98mmHg
d) Kadar nadi: 79 seminit
Pemeriksaan Fizikal :
GCS : Eyes : 4
Verbal : 5
Motor : 6
Airway : Normal
Pernafasan : Normal
Circulation : Normal
Head : Normal dan tiada pendarahan
Leher : Normal
Hidung,telinga,thorat : Normal dan tiada pendarahan
Dada : NormaL
Upper limbs : Tangan sebelah kiri sakit dan sukat digerakkan serta
rasa kebas.
Pelvic test : Normal
Lower limbs : Normal tiada kecacatan dan keabnormalan.
Power Test : Normal
Neuromotor : Tiada seizures, Tiada hemiperasis, Tiada Quadriplegia
KAJIAN SEMULA SISTEM-SISTEM TUBUH BADAN:
Pesakit telah dirujuk oleh pegawai perubatan kecemasan ke Klinik Ortopedik dalam keadaan stabil untuk diberi rawatan lanjut.
1. Sistem Kardiovaskular:
a) Normal
b) DRNM (Dual Rythm No Murmur)
c) Bunyi S1S2 normal dan regular rythm
d) Tiada sakit dada semasa bernafas
2. Sistem Respiratori:
a) Normal
b) Kadar pernafasan 22/ minit
c) Kadar nadi 79/ minit
d) Tiada dyspnoea, orthopnea, batuk, wheezing semasa bernafas
e) Tiada stridor
3. Circulatory System:
a) Normal
b) Tidak pucat
c) Tidak flushed
d) Tidak Cyanose
e) Tidak dizziness
f) Tidak anemia
4.
Sistem skeletal:
a) Terdapat deformiti pada bahagian tangan kiri
b) Positif motor refleks
c) Tiada kyphosis
d) Tiada Scoliosis
e) Brudzinski sign negatif
f) Power test :
a) Normal
b) Bowel sound Normal
Sistem Muskular:
a) Tonus muscle refleks lemah pada tangan kiri
b) Positif tonus muscle refleks lower limb
c) Tiada kesakitan
d) Tiada dystrophy
7. Sistem Endokrin:
a) Normal
b) Tiada Tremor
c) Tiada chusing syndrome
d) Tiada moon face
Diagnosa Sementara : CLOSED OBLIQUE FRACTURE DISTAL END LEFT RADIUS
Diagnosa Perbezaan :
a) Colles fracture
b) Styloid proses fracture
c) Distal radius and ulna fracture
Penyiasatan :
a) X ray dilakukan kepada pesakit supaya dapat mendiagnos pesakit dengan tepat. Lakukan x ray pada pergelangan tangan kiri pesakit dengan pandangan lateral dan anterior posterior.
Pengurusan / Pengendalian kepatahan :
a) Memasang back slab pada tangan kiri pesakit yang mengalami kepatahan supaya dapat immobilize pesakit daripada menggerakkan tangannya.
b) Apabila bengkak telah berkurang, backslab akan ditukarkan kepada pemasangan POP (plaster of paris) supaya pergerakan pada tulang yang patah dapat diminimumkan.
c) Pesakit tidak perlu dilakukan CMR ( Closed Manipulation Reduction ) memandangkan tulang radius pesakit tidak over riding dan masih pada kedudukan asal.
d) Memberikan temu janji akan dating iaitu 1/52 seminggu kemudian, untuk melihat pengurangan bengkak dan pemasangan POP.
e) Memberikan pendidikan kesihatan berkenaan penjagaan backslab.
i. Jangan basahkan, potong, panaskan dan membuat lain-lain perkara yang boleh merosakkan plaster.
ii. Sila ambil perhatian jika berlakunya perubahan berikut dan dating segera ke hospital atau klinik berhampiran.
1. Jika plaster pecah, longgar atau tidak selesa.
2. Jika terasa sakit.
3. Jika terdapat kelembapan.
4. Jika jari tangan menjadi kebas atau susah digerakkan.
5. Jika jari tangan menjadi bengkak, kebiruan (pucat).
iii. Plaster terasa ketat untuk beberapa ketika selepas dipasang. Keadaan ini biasanya akan hilang apabila dibawa berbaring dan bahagian yang berplaster ditinggikan dengan menggunakan bantal serta membiasakan menggerakkan semua bahagian sendi-sendi yang tidak ditutupi oleh plaster.
PERBINCANGAN
Kepatahan yang dialami oleh pesakit ini tidak memerlukan perawat untuk melakukan CMR (Closed Manipulation Reduction) dan pemberian sedation domicum dan pethidine kepada pesakit untuk melakukan CMR juga tidak perlu. Ini adalah kerana kepataha yang dialami pesakit adalah kepatahan setempat dan tulang yang patah masih berada pada kedudukan asal dan tidak berlakunya displacement atau over ridding.
Pesakit ini juga tidak dipasangkan POP sebaliknya dipasangkan backslab. Ini adalah kerana tangan pesakit yang patah masih bengkak. Bengkak merupakan salah satu kontraindikasi pemasangan POP. Jika POP tetap dipasang, tangan pesakit akan mengalami tekanan yang akan membawa komplikasi yang lebih teruk dan apabila bengkak tersebut telah surut, POP yang dipasang akan longgar dan boleh berlakunya pergerakan tulang yang patah. Akibatnya tulang yang patah akan bertambah teruk.
Pesakit ini juga tidak memerlukan sebarang pembedahan pada tulang radius yang patah kerana kepatahan yang dialami adalah tidak serius. Adalah penting apabila seseorang pesakit yang datang dengan sebarang aduan yang berkenaan dengan system musculoskeletal, perawat perlu bertanya mengenai system perkumuhan pesakit iaitu berkenaan dengan pembuangan air besar dan pembuangan air kecil pesakit samada normal atau sebaliknya. Ini adalah kerana jika pesakit mempunyai masalah dengan system perkumuhannya berkemungkinan saraf yang mengawal sensasi untuk system perkumuhan mengalami masalah. Berkemungkinan saraf tersebut terkenan atau ditekak oleh sesuatu tulang menyebabkan pesakit hilang sensasi untuk membuang sisa kumuhannya. Dengan cara ini perawat dapat mengesan masalah pesakit dengan lebih awal dan rawatan awal dapat diberikan.
Sirkulasi (Neurovaskular assesment). Merupakah satu kaedah di mana perawat dapat menilai samada sesuatu cast atau slab yang dipasang terlalu ketat dan sebagainya. Antara perkara yang dinilai ialah warna kulit pesakit yang dipasangkan cast atau slab. Warna tersebut samada berwarna merah jambu, pucat atau sianosis pada peringkat yang teruk. Kemudian suhu anggota badan yang terlibat samada panas, sejuk atau terlalu sejuk. Ini juga berkait rapat dengan teknik pemasangan cast atau slab. Seterusnya ialah nadi. Nadi akan dirasai dihujung sesuatu anggota yang terlibat dan rasa kebas. Perkara-perkara ini perlu dinilai untuk mengelakkan komplikasi daripada pemasangan cast dan slab.
Antara perkara penting yang perlu dilakukan oleh seseorang perawat apabila berhadapan dengan pesakit yang mengalami masalah berkenaan dengan musculoskeletal adalah dengan menjalankan ujian kekuatan atau power test. Ujian ini adalh berdasarkan bagaimana tindak balas pesakit apabila perawat mengarahkan untuk menggerakkan sesuati anggota badan untuk menilai tahap kekuatannya. Skor untuk ujian ini adalah seperti berikut:
SKOR KEKUATAN
0 : Langsung tidak dapat menggerakkan anggota badan.
1 : Mampu menggerakkan anggota badan dalam kadar yang sedikit.
2 : Menggerakkan anggota badan, tetapi tidak mampu mengangkat
anggota badan tersebut kerana tiadanya gravity.
3 : Pesakit mampu menggerakkan anggota badannya dan mampu
mengangkat anggota badan tersebut dan mampu melawan gravity
tetapi dalam keadaan yang sedikit lemah.
4 : Pesakit mampu mengagkat tangan atau anggota badan lain dan
menggoyangkannya serta mampu melawan tolakan tangan
perawat.
5 : Normal. Berkekuatan seperti orang biasa yang tidak mengalami
sebarang masalah musculoskeletal.
Melalui ujian ini, rawatan yang bersesuaian dapat diberikan seperti membuat terapi physiologi.
Apakah yang penting di dalam menginterpretasikan sesebuah Xray? Perkara yang paling penting ialah nama pesakit dan tarikh Xray diambil untuk mengelakkan pertukaran Xray. Pastikan yang mana satu dari arah lateral dan yang mana satu dari arah anterior dan posterior. Kemudian perhatikan anggota mana yang terlibat seperti tangan atau kaki dan kiri atau kanan. Komponen terpenting dalam sesuatu Xray adalah bone contact, angulation of the bone dan alignment of the bone. Dalam bone contact, perawat perlu mengetahui berapa darjahkah tulang tersebut bersambung sebelum dilakukan cast atau slab dan selepas dilakuakan cast atau slab untuk mengetahui keberkesananya. Kemudian angulation of the bone, ia perlu untuk menentukan darjah bentuk sesuatu tulang. Untuk mengiranya perawat perlu menggunakan pensil, pembaris dan protaktor. Sekiranya darjahnya kurang 50 darjah, maka rawatan lnjut perlu dilakukan jika sebaliknya, tidak perlu dilakukan apa-apa Cuma teruskan rawtan konservatif. Untuk alignment pula, setiap tulang perlu dilukis satu garisan lurus. Alignment yang tidak lurus memerlukan rawatan lanjut dan sebaliknya. Sebagai contoh :
PENGIRAAN BONE CONTACT:
Contoh 1:
AP View : Bone contact is 20 percent. Need to do CMR.
Lateral View : Bone contact is almost 10 percent.
Contoh 2 :
AP View : Bone contact is almost 95 percent. No need to do CMR.
Lateral View : Bone contact is 80 percent. It is good.
PENGIRAAN ANGULATION OF THE BONE :
Contoh 1 :
AP View : The angulation of the bone is almost degree. Need to do CMR.
Lateral View : The angulation of the bone is degree.
Contoh 2 : Langkah-langkah mengira sudut kepatahan.
AP View : The angulation of the bone is degree. No need to do CMR.
Lateral View : The angualtion of the bone is degree.
PENGIRAAN ALIGNMENT OF THE BONE:
Contoh 1:
AP View : The alignment is perfectly straight but there is no bone contact at the
radius bone.
Lateral View : The alignment is perfectly straight but there is no bone contact at the
radius bone.
Contoh 2:
AP View : The alignment is straight.
Lateral View : The alignment is not really straight.
CADANGAN PENYELESAIAN
Antara cadangan yang ingin dikemukakan ialah memberikan pendidikan kesihatan mengenai pengurusan kepatahan kepada masyarakat. Hal ini kerana sedikit sebanyak dapat membantu pesakit dalam pengurusan awal kepatahan seperti melakukan splint pada tempat kepatahan. Selain itu juga bagi setiap pengurusan yang dilakukan perlulah mengawasi system neurovascular pesakit supaya dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Pemberian pemplet kepada pesakit juga adalah satu tindakan yang bijak contohnya memberikan pemplet apabila pesakit selesai mendapatkan rawatan dan pemplet tersebut mempunyai maklumat mengenai kepatahan, pengurusan dan juga cara penjagaan plaster of paris. Hal ini akan dapat membantu pesakit dalam penjagaan kepatahan yang dialami oleh seseorang individu.
Selain itu pihak Kementerian Kesihatan perlu menjalankan Program-program pendidikan kesihatan berkenaan dengan kepatahan tulang. Ini adalah kerana di zaman seba moden ini, masih wujud segelintir golongan yang lebih mempercayai perubatan tradisional seperti mendapatkan rawatan daripada ``bomoh patah``. Kepercayaan perubatan tradisional ini sememangnya tidak disangkal keberkesanannya namun komplikasi yang bakal diterima tidak dapat dijangka.
RUMUSAN
Sepanjang berada di unit orthopedic ini saya dapat lihat bagaimana pengendalian kes-kes kepatahan dilakukan dan apa yang saya dapat perjelaskan bahawa pengendalian kes orthopedic ini adalah bersesuian dengan jenis kepatahan seperti immobilisasi kepatahan. Hal ini kerana dapat mengelakkan daripada berlaku keadaan yang lebih buruk seperti berlaku kecederaan lain seperti kecederaan vascular dan juga kecederaan saraf. Selain itu juga apabila penyiasatan dilakukan dan diagnosa tepat diperolehi aplikasi plaster of paris digunakan. Hal ini bagi memastikan agar penyembuhan tulang dapat berjalan dengan sempurna dan aligment tulang yang akan bercantum juga akan menjadi kemas. Jika pengendalin kes seperti ini tidak dilakukan pelbagai komplikasi yang boleh diperolehi seperti non-union dan juga compartment syndrome. Pengendalian seperti ini adalah penting bagi memastikan keadaan pesakit dengan baik dan proses penyembuhan dapat berjalan dengan sempurna.
Apa yang paling penting bagi kepentingan kerjaya sebagai Penolong Pegawai Perubatan ialah, apabila berada di Klinik Ortopedik ini saya dapat melihat bagaimana pegawai perubatan menjalankan clerking case setiap pesakit yang dirujuk ke Klinik ini. Ini sangat berguna apabila bertugas kelak.
RUJUKAN
Adams J C. & Hamblen D L (1994) Outline Of Orthopaedics, ELBS / Churchill Livingstone , Great Britain.
Apley’s A G & Solomon L (1995) System Of Orthopaedic And Fracture 7th Edition, ELBS / Butterworth – Heinemann , Great Britain.
Christine Gunn (1992) Bones and Joints, Churchill Livingstone, Edinburgh London.
Mc Rae R & Esser M (2002) Principal Fracture Treatment 4th Edition, Churchill Livingstone, Edinburgh London.
R.K. Gupta (1990) Illustrated Orthopaedics, Aditya Medical Publishers, United Kingdom.
SITI AISYAH BINTI ZULKAFLI
KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN SEREMBAN