Pages

Monday, August 10, 2009

DIABETES MELLITUS / KENCING MANIS


Merupakan sejenis penyakit yang selalu digelar sebagai Kencing Manis. ini disebabkan kandungan gula dalam darah terlalu tinggi menyebabkan masyarakat umum beranggapan bahawa kencing juga manis. Penyebab utama ialah masalah tindakan homeostasis badan dalam mengawal aras glukosa. Untuk menurunkan paras glukosa atau gula dalam darah, bahan yang digunakan ialah insulin.
  • DM Type 1
    • Bersifat genetik. (Keturunan)
    • Mengalami masalah pankreas yang tidak mampu menghasilkan insulin untuk kegunaan badan dalam kuantiti yang mencukupi
    • Biasa berlaku pada peringkat umur muda terutamanya golongan remaja
    • Akan menyebabkan komplikasi seperti retinopati, neuropati dan jasad keton
    • Insulin Dependent Diabetes Mellitus (IDDM)
  • DM Type 2
    •  Non Insulin Dependent
    • Berlaku kepada golongan orang yang sudah berumur / golongan tua / warga emas
    • Kebanyakkan berlaku di Malaysia
    • Kaedah utama mengawalnya adalah dengan mengawal pemakanan / mengubah gaya hidup
  • DM Type 3
    • Gestational Diabetes
    • Ketidak tolerans keseimbangan glukosa dalam badan
    • Berlaku kepada wanita yang mengandung
Kontraindikasi bagi insulin ialah Hipoglisemia. Adalah dinasihatkan kepada penghidap DM supaya sentiasa membawa gula-gula bersama dengan anda ke mana sahaja anda pergi bagi mengelakkan hipoglisemia. Insulin hendaklah disimpan di tempat sejuk pada suhu 36 - 46 darjah Celcius untuk mengelakkan beku, sekiranya beku, insulin terbabit tidak boleh digunakan lagi dan hendaklah dibuang sahaja.Jagalah pemakanan , kurangkan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi..
Ingatlah orang tersayang, anda mampu mengubahnya....=)