Pages

Monday, October 5, 2009

TERIMA KASIH SAHABATKU


sahabat
kehadiranmu kunanti
pemergianmu kutangisi
biarpun tidak pernah kau tahu

semalam sahabat
aku gembira bersamamu
kau mengajarku nilai sebuah persahabatan
kau mengajarku nilai sebuah pengertian
kau memberiku kegembiraan meniti ujian Allah

hari ini sahabat
kesedihanmu kuiringi tangisan
pemergianmu kuiringi harapan
biarpun tidak pernah kau tahu
biarpun tidak pernah kau mengerti
erti dirimu buatku
wahai sahabat

sahabat
maafkan dosa-dosaku padamu
jangan kau tangisi ketiadaanku ini
jangan kau ratapi kepergianku ini
kerana aku tahu
akulah penghalang buat sahabatku

sahabat
kejujuranmu buatku sayu
kegembiraanmu buatku rindu
rindukan keredhaan Nya
rindukan kemaafan Nya
rindukan keberkatan Nya

buat sahabatku....
jika suatu hari nanti namaku terpadam dari firasatmu
ingatlah satu pesananku
kenanglah daku dalam doamu
doakanlah ketenanganku disisinya
aku gembira bertemu mu wahai sahabatku
namun akun pasrah dengan ketentuan Illahi...

buat sahabatku MS,
kau telah menyinari hidupku
ketahuilah olehmu
nilai sebuah persahabatan adalah tidak ternilai

maafkan aku wahai sahabatku
semoga kau sentiasa dibawah lidungan Allah...
kenangan mengenalimu tetap kemas dalam lipatan sejarah hidupku....
terima kasih sahabat...

Monday, August 10, 2009

DIABETES MELLITUS / KENCING MANIS


Merupakan sejenis penyakit yang selalu digelar sebagai Kencing Manis. ini disebabkan kandungan gula dalam darah terlalu tinggi menyebabkan masyarakat umum beranggapan bahawa kencing juga manis. Penyebab utama ialah masalah tindakan homeostasis badan dalam mengawal aras glukosa. Untuk menurunkan paras glukosa atau gula dalam darah, bahan yang digunakan ialah insulin.
  • DM Type 1
    • Bersifat genetik. (Keturunan)
    • Mengalami masalah pankreas yang tidak mampu menghasilkan insulin untuk kegunaan badan dalam kuantiti yang mencukupi
    • Biasa berlaku pada peringkat umur muda terutamanya golongan remaja
    • Akan menyebabkan komplikasi seperti retinopati, neuropati dan jasad keton
    • Insulin Dependent Diabetes Mellitus (IDDM)
  • DM Type 2
    •  Non Insulin Dependent
    • Berlaku kepada golongan orang yang sudah berumur / golongan tua / warga emas
    • Kebanyakkan berlaku di Malaysia
    • Kaedah utama mengawalnya adalah dengan mengawal pemakanan / mengubah gaya hidup
  • DM Type 3
    • Gestational Diabetes
    • Ketidak tolerans keseimbangan glukosa dalam badan
    • Berlaku kepada wanita yang mengandung
Kontraindikasi bagi insulin ialah Hipoglisemia. Adalah dinasihatkan kepada penghidap DM supaya sentiasa membawa gula-gula bersama dengan anda ke mana sahaja anda pergi bagi mengelakkan hipoglisemia. Insulin hendaklah disimpan di tempat sejuk pada suhu 36 - 46 darjah Celcius untuk mengelakkan beku, sekiranya beku, insulin terbabit tidak boleh digunakan lagi dan hendaklah dibuang sahaja.Jagalah pemakanan , kurangkan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi..
Ingatlah orang tersayang, anda mampu mengubahnya....=)